Page 46 - SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PENGURUSAN SUKAN)
P. 46
BUKU PANDUAN PUSAT SUKAN SESI AKADEMIK 2017/2018 39
Kod Kursus VIA2005
Tajuk Kursus Pengurusan Risiko Sukan
Kredit 3
Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
Pra-Syarat Kursus/Keperluan Tiada
Minimum
Hasil Pembelajaran Kursus Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menghurai pendekatan pelbagai teori pengurusan risiko dalam aktiviti sukan &
rekreasi
2. Menghurai pengetahuan yang berkaitan dengan konsep dan proses pengurusan
risiko iaitu mengenalpasti, menilai, memilih dan melaksanakan strategi rawatan
yang betul
3. Mengaplikasi kefahaman mengenai pengurusan risiko dalam persekitaran yang
berbeza dalam sukan
Sinopsis Kandungan Kursus Kursus ini melihat aspek pengurusan risiko dalam konteks pengurusan sukan. Ini
termasuk konsep matriks pengurusan risiko sebagai alat untuk menilai tahap risiko yang
dihadapi oleh organisasi-organisasi sukan dalam operasi sehari-harian mereka. Liabiliti
dan isu-isu kecuaian dari aspek undang-undang sukan juga dibincangkan.
Rujukan Utama 1. Appenzeller, H. (2012). Risk Management in Sports: Issues and Strategies.
Carolina Academic Press, USA.
2. Attarian, A. (2012). Risk Management in Outdoor and Adventure Programs:
Scenarios of Accidents, Incidents, and Misadventures. Human Kinetics,
Champaign, Ill.
Pemberatan Penilaian Penilaian berterusan : 60%
Peperiksaan : 40%
Kemahiran Insaniah Pemikiran Kritis & Penyelesaian Masalah : CT1-CT3
Kemahiran Kerja Berpasukan : TS1-TS2
Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat : LL1-LL2
Kod Kursus VIA2006
Tajuk Kursus Pemasaran Sukan
Kredit 3
Bahasa Pengantar Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
Pra-Syarat Kursus/Keperluan VIA2003 Ekonomi Sukan
Minimum
Hasil Pembelajaran Kursus Pada akhir kursus ini, pelajar dapat :
1. Menilai peranan pemasaran sukan.
2. Mengaplikasikan teori-teori pemasaran sukan dalam menguruskan sukan.
3. Merancang program pemasaran sukan yang efektif.
Sinopsis Kandungan Kursus Kursus ini akan mendedahkan para pelajar kepada teori-teori dan prinsip-prinsip
pemasaran sukan. Pelajar-pelajar akan dilatih untuk mengaplikasikan teori-teori
pemasaran sukan yang relevan dalam proses menguruskan sukan. Para pelajar juga
akan membincangkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang
pemasar sukan yang berjaya.
Rujukan Utama 1. Fullerton, S. (2010) Sports Marketing (Textbook)
2. Pitts, B. G., & Stotlar, D. K. (2nd Edition) Fundamental of Sports Marketing
3. Kotler, P. (2nd Edition) Marketing Management
4. Mullins (2012) Fundamentals of Sport Marketing
Pemberatan Penilaian Penilaian berterusan : 60%
Peperiksaan : 40%
Kemahiran Insaniah Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah : CT1-CT3
Kemahiran Keusahawanan : KK1-KK2
Etika Dan Moral Profesional : EM1 –EM3