Page 23 - CEREKA_APM_Jan_Apr2025
P. 23
DOKUMENTASI VISUAL EKSPRESI MASYARAKAT KELABIT DALAM LUKISAN DAN CATAN DIGITAL
Sabzali Musa Kahn
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Fauziah Abu Bakar, Mohamad Maulana Magiman
Universiti Putra Malaysia, Bintulu, Sarawak
Kajian ini bertujuan untuk mendokumentasikan ekspresi
budaya dan identiti masyarakat Kelabit melalui
pendekatan visual dalam bentuk lukisan dan catan digital.
Dalam era digital masa kini, seni visual bukan sahaja
menjadi medium ekspresi individu, tetapi juga berperanan
penting sebagai medium pendokumentasian budaya etnik
yang semakin terpinggir. Masyarakat Kelabit, yang
merupakan salah satu kumpulan etnik pribumi di Sarawak,
memiliki warisan budaya yang kaya namun kurang
mendapat pendedahan arus perdana.
Objektif Kajian
1. Mengenal pasti unsur-unsur budaya dan identiti
masyarakat Kelabit yang dapat divisualkan dalam bentuk
seni lukisan dan catan digital.
2. Mengkaji teknik dan pendekatan visual yang sesuai
dalam menterjemahkan ekspresi masyarakat Kelabit
melalui media digital.
3. Merekodkan dan mendokumentasikan imejan visual
masyarakat Kelabit sebagai satu bentuk arkib visual
etnografi.
Hasil kajian ini penting bagi memastikan kesinambungan
dan pemeliharaan warisan budaya masyarakat Kelabit
melalui pendekatan kontemporari. Dengan penggunaan
teknologi digital dalam seni visual, kajian ini berpotensi
memperluas akses kepada warisan budaya etnik ini
secara global serta meningkatkan kesedaran terhadap
kepelbagaian budaya Malaysia.
Metodologi dalam kajian ini ialah mengunakan kaedah
kualitatif melalui pemerhatian lapangan, temubual
bersama komuniti Kelabit, serta kajian rujukan visual
berkaitan motif, pakaian, ritual, dan landskap budaya.
Selain itu, proses kreatif penghasilan lukisan dan catan
digital berdasarkan dapatan kajian lapangan dan
interpretasi visual oleh pengkaji.
Penghasilan karya seni visual digital yang merekodkan
ekspresi budaya masyarakat Kelabit. Dokumentasi visual
ini akan menjadi sumber rujukan bagi penyelidik budaya,
pelajar seni, dan pihak berkepentingan dalam
pemeliharaan warisan budaya. Hasil dari kajian ini juga
memperlihat masyarakat Kelabit mempunyai kepelbagian
figura dan corak hiasan yang menarik setelah imej di
hasilkan melalui catan dan seni digital.
23

