Page 5 - CEREKA_APM_Jan_Apr2025
P. 5

SEKAPUR SIRIH


                           CEREKA WADAH INTELEKTUAL


























                       Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
                                            Salam Sejahtera.
          Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
          limpah dan izin-Nya, penerbitan E-Majalah CEREKA ini dapat
          direalisasikan sebagai wadah ilmu, apresiasi, dan penghayatan
          terhadap warisan seni serta budaya bangsa. Seni dan budaya bukan

          sekadar warisan masa lampau, tetapi nadi yang menghidupkan jati diri
          sesebuah bangsa. Dalam dunia yang pesat berubah ini, usaha untuk
          mendokumentasi, memelihara, dan memperkasa khazanah seni budaya
          amatlah penting agar ia terus subur dalam jiwa generasi kini dan akan
          datang.      E-Majalah      ini   diharapkan      dapat     menjadi      ruang     untuk
          menyemarakkan           pemikiran,       menzahirkan        ekspresi      seni,    serta
          mengangkat suara para seniman, budayawan, penulis, penyelidik dan
          penggiat seni dari pelbagai latar. Setiap artikel, puisi, lukisan dan
          catatan dalam penerbitan ini mencerminkan cinta terhadap seni yang
          tidak bertepi, serta komitmen terhadap kelestarian budaya. Akhir kata,
          setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat

          secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majalah
          ini. Semoga usaha ini menjadi satu titik cahaya dalam memperkaya
          wacana seni dan budaya tanah air.


                         Budaya Jiwa Bangsa, Seni Cerminan Tamadun.




                                          Sekian, terima kasih.



                                 Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn
                                 Dekan, Akademi Pengajian Melayu
                                   Universiti Malaya, Kuala Lumpur








                                                                                                   5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10