Page 14 - CEREKA_APM_Mei_Ogo2025
P. 14

MEMORI DI SHANGRI-LA, YUNNAN
              DARI XI’AN KE LIJIANG, MENUJU SHANGRI-LA

                          Mohamad NorTaufiq bin Nor Hashim

                       Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur


         Pada malam 30 April 2025, langit Xi’an masih dibasahi cahaya neon
         apabila saya melangkah ke lapangan terbang. Jarum jam menunjukkan
         pukul 11 malam ketika pesawat yang akan membawa saya meninggalkan
         landasan. Penerbangan ke Lijiang mengambil masa hanya dua jam,

         tetapi bagi saya, ia terasa seperti jambatan panjang menuju dunia yang
         lain — dunia yang selama ini hanya saya baca dalam buku dan dengar
         daripada kisah para pengembara.


         Tepat jam 1 pagi, pesawat mendarat di Lijiang. Udara malam terasa
         segar, dingin, dan tenang. Saya berehat dan bermalam sebentar di
         lapangan terbang Lijiang. Keesokan paginya, tepat jam 10, saya menaiki
         kereta api laju menuju Shangri-La. Perjalanan sekitar tiga jam itu
         meluncur pantas melalui desa-desa hijau, sungai berliku, dan gunung-
         ganang yang gagah berdiri. Dalam perjalanan, saya sempat membaca
         tentang wilayah itu. Shangri-La ialah sebuah daerah di wilayah Yunnan,

         China, yang dahulu dikenali sebagai Zhongdian sebelum ditukar nama
         rasmi pada tahun 2001 bagi menarik pelancong dengan merujuk kepada
         “Shangri-La” tempat utopia yang digambarkan dalam novel Lost Horizon
         karya James Hilton (1933).








































          Gambar 1: Dalam kereta api laju dari Lijiang menuju ke Shangri-La



          Tepat jam 1 petang, kereta api berhenti di stesen Shangri-La. Di situlah
          pertemuan saya dengan dua sahabat, Tuan Akmal dan Tuan Zainudin.
          Mereka tiba sehari lebih awal dari Kunming, menempuh perjalanan lima
          jam dengan kereta api laju dari bandar Kunming. Mereka kelihatan segar
          dan ceria, menyambut kedatangan saya dengan senyuman lebar.






                                                                                                  14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19