Page 16 - CEREKA_APM_Mei_Ogo2025
P. 16
Memori di Shangri-La, Yunnan: Mohamad NorTaufiq bin Nor Hashim
(sambungan 3)
Gambar 6 & 7: Menunggang Kuda di Lereng Gunung Deqen
Menjelang senja, kami turun semula ke kaki gunung lalu
bergerak ke Dukezong Ancient Town. Kota lama ini, berusia
lebih seribu tahun, seakan mengajak kami menjejak masa lalu.
Batu-batu jalan licin kerana dipijak jutaan kaki sepanjang abad,
lorong sempit dihiasi tanglung merah, dan kedai-kedai kecil
menjual barang tradisional Tibet.
Gambar 8, 9 & 10: Sekitar Dukezong Ancient Town
Kami kemudian singgah di sebuah restoran kecil untuk makan malam.
Hidangan momo (ladu Tibet), tsampa (tepung barli panggang dicampur
mentega yak), dan teh mentega yak memenuhi meja. Rasanya unik,
agak asing di lidah, tetapi memberikan kepuasan tersendiri kerana kami
tahu ini adalah makanan warisan masyarakat tempatan. Malam itu,
Dukezong diterangi lampu kuning keemasan. Di dataran utama,
penduduk tempatan dan pelancong menari tarian bulatan tradisional
Tibet. Kami ikut serta, walaupun langkah kami kekok, namun suasana
gembira itu meresap dalam jiwa. Hari pertama di Shangri-La berakhir
dengan penuh keriangan.
***
16

