Page 17 - CEREKA_APM_Mei_Ogo2025
P. 17
Memori di Shangri-La, Yunnan: Mohamad NorTaufiq bin Nor Hashim
(sambungan 4)
Hari Kedua (2 Mei 2025): Gunung Shika
Di Atas Awan
Keesokan paginya, kami bersiap awal untuk menuju ke Gunung Shika. Gunung ini
terkenal kerana pemandangannya yang menakjubkan, dengan altitud mencecah
lebih 4,400 meter.Kami menaiki kereta kabel menuju ke puncak. Dari dalam kabin
kaca, pemandangan terbuka luas: suasana putih sekeliling kerana semalam hujan
dan di atas gunung pula turun salji. Semakin tinggi kami naik, semakin sejuk udara
yang menembusi kulit.
Setibanya di atas, kaki kami menjejak laluan kayu yang dibina khusus untuk
pelawat. Salji tebal menyelimuti tanah, sementara bunga edelweiss Tibet muncul di
celah-celah batu. Udara tipis membuatkan nafas kami pendek, tetapi semangat
untuk meneroka menolak kami terus maju.
Gambar 11 & 12: Di atas Gunung Shika
Awan berarak di bawah kaki kami, seakan kami terapung di udara. Dari kejauhan,
puncak bersalji Gunung Meili kelihatan gagah tanda destinasi kami seterusnya.
Kami menghabiskan beberapa jam di atas gunung, bergambar, ketawa, dan
sesekali termenung melihat kebesaran alam. Saat turun semula, hati saya dipenuhi
keinsafan — betapa kecilnya manusia di hadapan kebesaran ciptaan Tuhan.
***
17

