Page 10 - CEREKA_APM_Mei_Ogo2025
P. 10

Menang Hakiki Dan Dia Yang Pergi: Kamariah Kamarudin (sambungan 5)



          Jika tidak berilmu dan memahami agama dengan tuntas, maka itu yang diajar Allah Ya
          Rahim Ya Rahman penguasa alam buana. Sekali kalian meninggalkan suruhan Tuhan
          dengan tidak tahu membezakan amal makruf nahi mungkar, maka itulah pengajaran yang
          sebaik-baiknya. Dia terkedu, dan seluruh adik beradiknya hilang kata-kata. Pengorbanan
          bonda tidak sia-sia. Allah Ya Mutakabbir telah menunjuk jalan-Nya.
          Dia teresak-esak saat tayar kaki mencecah laman rumah pusaka. Laman itu kosong tanpa
          rumah banglo agam kala musim remaja. Allah Ya Mujib Yang Maha Mengabulkan segala
          doa. Khususnya doa yang dizalimi dan teraniaya. Pabila hak dan harta pusaka tidak
          dibahagikan sama rata. Pabila hak dan harta pusaka dinafikan miliknya. Pabila hak dan
          harta pusaka dibolot oleh seorang yang merasakan dirinya berkuasa.

          Ranah Bagan Datoh, dalam hening subuh, dia menadah tangan memohon bacaan al-
          Fatihahnya sampai kepada semua susur galur keturunan suami bonda yang telah
          menganiayanya. Lagu “Kemaafan Dendam yang Terindah” nyanyian Aishah, penyanyi
          pujaannya bergentayagan di telinga. Allah Ya Musawwir Yang Maha Mencipta makhluknya.
          Allah Ya Qahhar Yang Maha Perkasa, tidak terhitung nikmat yang diterima. Surah ar-
          Rahman yang menjadi kekuatannya kala berdepan dengan selirat ujian melantun-lantun di
          pendengarannya.
          Nikmat mana yang kamu dusta wahai sekalian manusia, nikmat mana yang kamu dusta
          wahai sekalian manusia, nikmat mana yang kamu dusta wahai sekalian manusia, bertubi-
          tubi ungkapan itu memenuhi dada. Ranah Bagan Datoh, semoga ada cahaya kemenangan
          atas Zulhijjah yang menyapa.

          KAMPUS SERDANG, OBE


          Dia tersenyum menghadap skrin komputer riba. Mesej yang diterima awal dinihari dari jauh
          begitu membuatkan hatinya berbunga. Dia tidak sabar untuk keluar daripada kampus yang
          sejak akhir-akhir ini begitu membuatkannya rimas dan lemas yang tiada tara. Saban malam
          dia bermunajat agar doanya dimakbul Allah Ya Quddus Yang Maha Suci untuk hamba-
          hambanya. Permohonannya untuk menyumbang bakti dan berkongsi ilmu di bumi Bursa
          diperkenan-Nya.

          Dia akan segera berangkat ke sana. Kajiannya terhadap “Asmaul Husna sebagai Pelengkap
          Kreativiti dan Kritis Penulis” akhirnya diterima sebagai penerima dana penyelidikan dunia.
          Kesyukurannya berganda. Malahan 13 orang mahasiswanya yang kini berkhidmat di sebuah
          agensi pelancongan dipilih sebagai duta “sahsiah” akan membawa namanya ke bumi Kiwi
          dengan tajaan kerajaan yang mementingkan akhlak mengatasi pencapaian atas kertas
          dengan deretan A.


          OBE, mohon maaf, dirinya wajar meninggalkannya. OBE, mohon maaf, dirinya diperlukan di
          bumi Bursa. OBE, semoga nanti tidak lagi membebankan para akademia.
          Bumi Bursa, tunggu kedatangan saya. Kampus Serdang, terima kasih untuk segala-galanya!






































                                                                                                  10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15