Page 353 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 353

PXGZ 6102               STATISTIK UNTUK PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN                 3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini direkabentuk untuk membantu  pelajar menggunakan statistik asas dalam penyelidikan pendidikan. Melalui tugasan
            praktikal, pelajar tidak sahaja mempelajari cara menggunakan prosedur statistic tertentu tetapi juga cara untuk menyedia dan menyaring
            data. Disamping itu, cara mengendalikan masalah dalam analisis data seperti kehilangan data, kes ekstrim (outlier), taburan tidak normal
            dan lain-lain  juga akan dibincangkan. Artikel  daripada jurnal penyelidikan pendidikan akan digunakan untuk menunjukkan bagaimana
            teknik statistik diaplikasi dan dihuraikan dalam literatur saintifik, dan bagaimana dapatan kajian dilapor dan ditafsir.  Isi kandungan kursus
            ini  termasuk  organisasi  data  ,  ukuran  kecenderungan  memusat,  ukuran  pembolehubah,  skala  pengukuran,  taburan  normal,  konsep
            pengujian hipotesis, perbandingan perbezaan antara dua min (sample besar dan kecil), perbandingan perbezaan antara dua varians,
            jadual kontingensi, pengujian khi kuasa dua, Spearman‟s rho, korelasi hasil darab momen Pearson, persampelan rawak yang ringkas dan
            ANOVA  satu  hala.  Secara  umum  kursus  ini  merangkumi  teknik  prosedur  deskriptif  dan  inferensi    penting  yang  digunakan  dalam
            penyelidikan pendidikan. Indeks saiz kesan dan cara meningkatkan kekuatan sesuatu prosedur statistik juga akan dibincangkan.

            Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 60%,  Peperiksaan:  40%

            Bahasa Pengantar: Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama/Main References
            Huck, S.W.(2008). Reading statistics and research (5 . Ed.). Boston: Pearson Education, Inc.
                                                  th
            Coakes, S. J. & Steed, L. (2007). SPSS Version 14 for Windows: Analysis without anguish. John Wiley & Sons Australia, Ltd.
            Chua Yan Piaw.  (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd
                                                                                  th
            Minium, E.W., King, B. M. & Bear, G. (2003). Statistical reasoning in psychology and education (4 . Ed.). New York: John Wiley & Sons.
            Mann, P.S. (1998). Introductory statistics (3 .Ed.).  USA:John Wiley and Sons, Inc.
                                           rd
                                                                            rd
            Glass, G.V.& Hopkins, K. D. (1996).  Statistical methods in education and psychology (3 . Ed.). Needham  Heights, MA: Ally and Bacon.









































                                                                                                             305
   348   349   350   351   352   353   354   355   356   357   358