Page 351 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 351

PXGT 6302          REKABENTUK PENGAJARAN DAN TEKNOLOGI LANJUTAN                3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aplikasi prinsip-prinsip asas dan konsep reka bentuk pengajaran dan teknologi untuk
            menyelesaikan  masalah  berkaitan  dengan  pengajaran  dan  pembelajaran.  Tajuk-tajuk  termasuk  pengajaran  berasaskan  teknologi,
            pengurusan projek, perancangan, penilaian, prinsip rekabentuk dan pembinaan bahan pengajaran. Kursus ini berorientasikan projek yang
            memberi pelajar peluang untuk mengintegrasi dan mengaplikasi teori, prinsip dan kemahiran reka bentuk pengajaran dalam pelbagai
            situasi klien-perekabentuk. Kursus ini mengadaptasi proses “klinikal” dalam pengurusan projek di mana pelajar secara berkumpulan akan
            bekerjasama dengan klien dalam merekabentuk penyelesaian masalah pengajaran yang sesuai.

            Kaedah Penilaian      : Penilaian berterusan: 70%, Peperiksaan: 30%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama/Main References
            Morrison, G.R., Ross, S.M. and Kemp, J.E. (2010). Designing effective instruction (6  ed.). USA: Wiley.
                                                                         th
            Smaldino, S. E., Lowther, D. L. & Russell, J.  D., (2008). Instructional Technology and Media for Learning. (9  Edition). New Jersey:
                                                                                               th
                   Pearson Prentice Hall.

             PXGT 6303            KOMUNITI PEMBELAJARAN                                                                   3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini direkabentuk untuk memperkenalkan konsep-konsep asas, prinsip-prinsip dan proses membangunkan persekitaran
            dan  komuniti  pembelajaran  yang  berasaskan  web  dan  secara  „blended.‟  Melalui  pelbagai  aktiviti  pembelajaran,  pelajar-pelajar  akan
            menggunakan pelbagai sumber untuk membina pengetahuan dan kemahiran dalam membentuk and membangunkan persekitaran dan
            komuniti pembelajaran yang berkesan.  Pelajar-pelajar juga akan mempunyai peluang untuk membuat refleksi dan mempertimbangkan
            bagaimana mengintegrasikan pengetahuan dan kemahiran ini dalam konteks pengajaran mereka.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan: 70%,  Peperiksaan: 30%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Palloff, R.M. & Pratt, K. (2007) Building online learning communities: Effective strategies for the virtual classroom. San Francisco: Jossey-
                   Bass.
            Jonassen,  D.H.  &  Land,  S.M.  (2000)  Theoretical  foundations  of  learning  environments.  Mahwah,  New  Jersey:  Lawrence  Erlbaum
                   Associates.
            Lave, J., & Wenger, E. (1998). Communities of Practice: Learning, Meaning, and Identity. Cambridge: Cambridge University Press.
            Chua, Y. P. (2008). Asas statistik penyelidikan: Analisis data skala ordinal dan nominal. Shah Alam: McGraw-Hill.
            Chua, Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill.
            Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (2nd ed.). Upper
                   Saddle River, NJ: Prentice-Hall.



















                                                                                                             303
   346   347   348   349   350   351   352   353   354   355   356