Page 346 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 346

PXGM 6106           MAKLUMAT DAN TEKNOLOGI DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN            3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini akan menerangkan kepada pelajar tentang peranan pengurus dan pentadbir pendidikan dalam konteks pengurusan
            teknologi  maklumat  dalam  sistem  pendidikan.  Contoh-contoh  kajian  kes  tentang  proses  penyerapan  teknologi  maklumat  dalam
            pengurusan institusi-institusi pendidikan di dalam dan luar negara akan dibincangkan dan diterangkan. Tujuan kursus ini adalah untuk
            mengkaji pembangunan bidang teknologi maklumat yang penting dalam pengurusan sekolah. Di antara topik-topik yang akan difokuskan
            adalah  teknologi  maklumat  dalam  pengurusan  pendidikan  sebagai  sub-sistem,  memaksimakan  potensi  teknologi  maklumat  untuk
            pengurusan pendidikan, menyusun teori-teori dan praktis untuk asimilasi teknologi maklumat di sekolah-sekolah, dan kes-kes penyerapan
            teknologi maklumat dalam pengurusan sekolah serta pengalaman daripada luar negara.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan 100%.

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            William, B.K. & Sawywwer, S.C. (2004).  Using Information Technology: A Practical Introduction to Computer & Communication. (Complete
                  Version). New York: McGraw-Hill.
            Shelly, G.B., Cashman, T.J & Vermaat., M.E. (2004). Discovering Computers: A Gateway to Information. Boston, USA: Thomson Course
                   Technology.
            O‟Leary, T.J. & O‟Leary, L, I. (2004). Computer Essentials. New York: McGraw-Hill.

             PXGM 6107             PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM PENDIDIKAN                           3 KREDIT

            Sinopsis

                   Di antara pendidik-pendidik profesional yang berkhidmat dalam perkhidmatan pendidikan, peranan pengurus sumber manusia
            adalah  unik.  Gerakerja  sekolah,  berbeza  dengan  pengurusan  penrniagaan  kerana  ia  berasaskan  sumber  manusia  –  dilengkapkan
            terutamanya daripada manusia. Oleh yang demekian, pengurusan sumber manusia merupakan pusat kepada proses pengurusan sekolah
            awam, universiti dan lain-lain agensi pendidikan. Fokus kursus ini adalah memeriksa strategi jangka panjang di dalam pengurusan sumber
            manusia untuk membantu menarik, mengekal dan membina individu-individu didalam sistem persekolahan, universiti dan juga lain-lain
            agensi pendidikan untuk mencapai matlamat keseluruhan organisasi-organisasi  tersebut. Ini disempernakan melalui  sumber manusia/
            fungsi  individu  di  dalam  meramal  keperluan  tenaga  kerja,  latihan,  pemilihan,  induksi,  penilaian,  pembangunan,  ganjaran,  kawalan,
            perundingan dan maklumat.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan: 60 %; peperiksaan: 40 %.

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            Young, P (2007). The Human Resource Function in Educational Administration. Prentice Hall: New Jersey.
            French, Wendell (2006). Human Resource Management. Houghton Mifflin: Boston.
            Jazzar, M., & Algozzine, B. (2006). Critical issues in educational leadership. Boston, MA: Allyn and Bacon.
            Dessler, G. (2005). Essentials of Human Resource Management. Prentice Hall: New Jersey.
            Stewart, R. (2005). The Reality of management (6 ). London: Heinemann.
                                                rd













                                                                                                             298
   341   342   343   344   345   346   347   348   349   350   351