Page 350 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 350

PXGT 6190                  DISERTASI                                                                                        40 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus  ini  memerlukan  pelajar  untuk  menyatakan  masalah  kajian  dan  kerangka  kajian  dalam  bidang  kaunseling,  serta
            menjalankan kajian yang berkaitan dengan bidang kaunseling. Pelajar akan membuat tinjauan literatur, dan seterusnya menggunakan
            kaedah pengumpulan data dan analisis data yang sesuai. Pelajar akan dibimbing oleh seorang pensyarah penyelia sepanjang proses
            penyelidikan.  Laporan  penyelidikan dihantar untuk diperiksa pada akhir semester.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan : 100%,

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Abd Rahim Md Nor (2009). Statistical methods in research. PJ, Selangor: Prentice Hall.
            Chua, Y. P. (2008). Asas statistik penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill
            Chua, Y. P. (2008). Asas statistik penyelidikan: Analisis data skala ordinal dan nominal. Shah Alam: McGraw-Hill
            Chua, Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill
            Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (2nd ed.). Upper
            Saddle River, NJ: Prentice-Hall.


             PXGT 6301          PSIKOLOGI PEMBELAJARAN DAN MODEL PENGAJARAN                  3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus  ini  membincangkan  tentang  definisi  dan  sejarah  psikologi  dan  kewujudan  tiga  perspektif  utama  iaitu  behaviourisme,
            kognitivisme  dan  konstruktivisme.  Behaviourisme  mementingkan  rangsangan  dan  gerakbalas  yang  boleh  diperhatikan,  kognitivisme
            memberi perhatian kepada proses-proses mental manakala konstruktivisme menyarankan bahawa realiti dibina oleh manusia dan tidak
            wujud  daripada  benda  yang  diperhatikan.  Penekanan  ialah  bagaimana  teori-teori  ini  menjadi  asas  mengaplikasikan  teknologi  dalam
            pengajaran.
                   Kursus ini juga membincangkan beberapa model pengajaran penting seperti model interaksi-sosial, pemprosesan maklumat,
            personal  dan  behavioral.  Antara  kaedah-kaedah  yang  dibincangkan  ialah  kaedah  pengkuliahan,  kaedah  kumpulan  kecil,  kaedah
            perbincangan, kaedah sokratik, metakognisi dan kaedah lain. Model-model dan kaedah ini akan dikaji daripada pandangan teori dan bukti
            kajian yang menyokong keberkesanan informasi.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan : 60%, Peperiksaan: 40%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Glass, A. & Holyoak, K. (2000). Cognition: Auckland:McGraw-Hill Book Co.
            Biggs, J. & Moore, P. (1998). The process of Learning. New Jersey:Prentice Hall.
            Philips,J.A. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir:Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd
            Leahey, T. & Harris, R. (1997). Learning & Cognition. New Jersey: Prentice-Hall.
            Anderson, J. R. (1997) Cognitive Psychology and its implications. New York:W.H. Freeman and Company
            Klein, S. (1991). Learning:Principles and Applications. New York:McGraw-Hill International.














                                                                                                             302
   345   346   347   348   349   350   351   352   353   354   355