Page 347 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 347
PXGM 6108 PENGURUSAN DASAR STRATEGIK DALAM PENDIDIKAN 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini memfokus kepada analisis dan pengurusan dasar pendidikan, terutamanya dasar makro strategik. Ianya
membincangkan konsep, teori, kaedah analisa polisi dan proses pusingan polisi. Pelajar didedahkan dengan pelbagai pendekatan
pengurusan untuk mengurus dasar pendidikan dengan keutamaan diberi kepada pengurusan strategik. Dasar pendidikan strategik
dianalisa dengan menggunakan model pengurusan strategik. Pelajar diminta untuk menganalisa dasar pendidikan tertentu dengan
menggunakan alat analisa polisi dan model pengurusan strategik
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 100%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Bell, Les; and Stevenson, Howard (eds.) (2006). Education Policy: Process, Themes and Impact. London: Routledge.
Yukl, G. (2006). Leadership in organizations. New Jersey: Prentice Hall.
Bryson, J. M. (2005). Strategic Planning for Public and Nonprofit Organizations. San Francisco: John Wiley & Sons Inc.
M. Fullan (2005). Educational leadership. San Francisco: Jossey Bass.
Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
PXGM 6109 PERANCANGAN KEWANGAN DAN EKONOMI PENDIDIKAN 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini tertumpu kepada perancangan kewangan dan pendidikan ekonomi pada peringkat mikro dan makro. Pada peringkat
makro, tumpuan kepada hasil dan perbelanjaan kerajaan, tren dalam perbelanjaan pendidikan serta penawaran dan permintaan untuk
pendidikan, konsep modal insan serta pelaburan dalam modal insan, analisis terhadap kos-faedah dan kos-keberkesanan, pendidikan dan
pertumbuhan ekonomi, fungsi pengeluaran, analisis terhadap pembayaran dan peruntukan pendapatan, perancangan tenaga manusia
serta permintaan serta penawaran untuk guru.
Pada peringkat mikro pula berkaitan dengan pembiayaan pendidikan dan kewangan sekolah yang melibatkan system bajet, peruntukan
kewangan, tatacara kewangan and pinjaman serta sistem geran.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 60 %; peperiksaan: 40 %.
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Shahril@Charil Marzuki (2008). Dasar kewangan pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors.
Belfied, C. R. (2005). Economics principles for education. London: Edward Elger Publishing Limited.
Geraint Johnness & Jil Johnness (2005). International handbook on the economic of education. London: Edward Elger Publishing Limited.
Psacharopoulas G. (2005). Economics of education Research and studies. London: Oxford Pergamon Press.
Shahril@Charil Marzuki (2005). Mengurus dan membiayai pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors.
299