Page 341 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 341
PPGS 6322 REKABENTUK INSTRUMEN DAN PEMBINAAN ITEM 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini akan membincangkan asas rekabentuk dan penggubalan instrumen untuk penyelidikan pendidikan. Topik-topik
termasuk: konsep asas dan isu dalam pembentukan instrumen, rekabentuk instrumen, aras pengukuran, dan kegunaan statistik yang
sesuai, penjelasan pernyataan objektif pembinaan instrumen, penelitian pendekatan yang hendak digunakan, pembuatan keputusan
tentang dimensi yang hendak dikaji, format yang hendak digunakan, pembangunan himpunan item, proses Q-sort item, pembentukan
skala, kekuatan dan kelemahan skala Likert, Semantic Differential, Guttman, Thurstone, pemurnian item, penataan dan rekabentuk
instrumen, panduan pentadbiran dan penskoran. Ciri-ciri psikometrik instrumen berdasarkan manual standard APA yang akan dibincang.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 60% Peperiksaan: 40%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Aiken, L. R., & Groth-Marnet, G. (2006). Psychological testing and assessment, (12th. Ed.). USA: Pearson.
Kline, T. J. B. (2005). Psychological testing: A practical approach to design and evaluation. New Delhi: Vistaar Publications.
PPGS 6323 MODEL PENILAIAN 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini akan mempersembahkan pelbagai model penilaian tradisional dan kontemporari yang digunakan dalam penyelidikan
penilaian. Topik perbincangan termasuklah: Penyelidikan penilaian dan profesion itu, model-model utama penilaian, seperti Tylerian,
CIPP, Countertrance, Suchman, penilaian Goal free dan lain-lain model. Laporan penerbitan dalam penyelidikan penilaian akan dibentang
untuk dikritik oleh ahli kelas.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan: 60% , Peperiksaan: 40%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
th
Rossi, P. H., & Freeman, H. E., & Lipsey, M. W. (1999). Evaluation: A systematic approach (6 ed.). Beverly Hills, CA: Sage Publications.
Kellaghan, T., & Stufflebeam, D. L. (eds.) International handbook of educational evaluation. Part One: Perspectives. Dordrecht: Luwer
Academic Publishers.
Kellaghan, T., & Stufflebeam, D. L. (eds.) International handbook of educational evaluation. Part Two: Practice. Dordrecht: Luwer
Academic Publishers.
Herman, J. L., Morris, L.L., & Fitz-Gibbon, C. T. (1987). Evaluator’s handbook. Beverly Hills:Sage Publications.
Stufflebeam, D. L., & Shinkfield, A. J. (1985). Systematic evaluation. Boston : Kluwer Nijhoff Publishing.
293