Page 338 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 338
PPGS 6190 LAPORAN PENYELIDIKAN SARJANA KAUNSELING 6 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini memerlukan pelajar untuk menyatakan masalah kajian dan kerangka kajian dalam bidang kaunseling, serta
menjalankan kajian yang berkaitan dengan bidang kaunseling. Pelajar akan membuat tinjauan literatur, dan seterusnya menggunakan
kaedah pengumpulan data dan analisis data yang sesuai. Pelajar akan dibimbing oleh seorang pensyarah penyelia sepanjang proses
penyelidikan. Laporan penyelidikan dihantar untuk diperiksa pada akhir semester.
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 100%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Abd Rahim Md Nor. (2009). Statistical methods in research. PJ, Selangor: Prentice Hall.
Chua, Y. P. (2008). Asas statistik penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill
Chua, Y. P. (2008). Asas statistik penyelidikan: Analisis data skala ordinal dan nominal. Shah Alam: McGraw-Hill
Chua, Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill
Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (2nd ed.). Upper
Saddle River, NJ: Prentice-Hall.
PPGS 6309 STRATEGI KURIKULUM, PENAKSIRAN DAN PENILAIAN BAGI 3 KREDIT
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Sinopsis
Kursus ini bertujuan membolehkan pelajar memahami konsep-konsep yang dinyatakan di atas secara mendalam dalam konteks
Malaysia. Ia juga akan memberi pelajar keyakinan bagaimana mereka boleh menggunakan penilaian dan manfaatnya. Kursus ini juga
memberi suatu perbandingan di antara Malaysia dan Barat dari aspek kurikulum dan penilaian dan kesesuaiannya untuk kanak-kanak
keperluan khas. Melalui tugasannya pelajar akan mendapat pengalaman amali dan kenalpasti kebaikan dan kelemahan instrumen-
instrumen yang telah digunakan di Malaysia untuk penilaian.
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan : (60%), Peperiksaan (40%)
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama/Main References
Bricker, D. (2000). Assessment, evaluation programming system. Baltimore: Brooks.
David, B. (1988). Curriculum for developing countries Canada : University of Calgary.
Kenneth, W. H., Sheila, L. F., & Mada, K. M. (1993). Curriculum-based evaluation. California: Brooks/Cole.
Sebestian, S. (1986). Curriculum for the education of mildly and moderately handicapped children in Malaysia. Selangor and Federal
Territory Association for Mentally Retarded Children, Kuala Lumpur.
PPGS 6318 KAUNSELING DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini akan membolehkan pelajar untuk memahami keperluan program bimbingan dan kaunseling di IPT. Sebahagian
daripada isu yang akan dibincangkan adalah keperluan kaunseling individu, akademik dan kerjaya. Kursus ini juga memperkenalkan
290