Page 334 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 334

PPGS 6128               PSIKOLOGI KANAK-KANAK BERBAKAT                                       3 KREDIT


            Sinopsis

                   Kursus ini bertujuan untuk memberi suatu pemahaman dalam psikologi kanak-kanak berbakat. Antara topik-topik yang akan
            dibincangkan adalah definisi kanak-kanak berbakat, ciri-ciri kanak-kanak berbakat, cara-cara mengenali kanak-kanak berbakat, pendidikan
            kanak-kanak  berbakat,  masalah  kanak-kanak  berbakat  dan  cara-cara  mengatasi,  pemikiran  dan  kajian  terkini  tentang  kanak-kanak
            berbakat berhubung dengan perspektif sejarah dan isu-isu masa kini, dan penilaian kanak-kanak berbakat.


            Kaedah Penilaian           : Penilaian berterusan): 60% , Peperiksaan:  40%

            Bahasa Pengantar         : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Colangelo, N., & Davis, G. A. (2003). Handbook of gifted education. Boston, MA: Pearson Education, Inc.
            Khatena, J. (1992). Gifted: Challenge and response for education. Itasca, IL: F. E. Peacock Publishers, Inc.
            Tannenbaum, A. J. (1986). Gifted children: Psychological and educational perspectives. New York: Macmillan.
            Khatena, J. (1982). Educational psychology of the gifted. New York: John Wiley.

             PPGS 6130        TEORI ASAS DIAGNOSIS DAN PEMULIHAN DALAM BACAAN             3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus  ini  bertujuan  meningkatkan  pengetahuan  dan  kefahaman  guru  tentang  fungsi  bacaan  yang  pelbagai,  prinsip  dan
            pendekatan pengajaran bacaan. Seterusnya, kursus ini direka bentuk untuk mengenalpasti masalah bacaan spesifik dalam bilik darjah,
            menjalankan  diagnosis  dan  seterusnya  pemulihan  terhadap  masalah  bacaan  yang  dikenalpasti.  Pelajar  juga  diberikan  pengetahuan
            mengenai cara penilaian yang boleh dilaksanakan bagi mengenal pasti kelemahan kanak-kanak dalam bacaan.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan : (60%),  Peperiksaan (40%)

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Schumm, J. S. (2006). Understanding reading problems: Reading assessment and instruction. New York: Guilford Press.
            Churton, M. W., & Cranston-Gingras, A. M. (1998). Teaching children with diverse abilities. Massachusetts: Allyn & Bacon.
            Heilman, A. W., Blair, T. R.,& Rupley, W. H. (1998). Principles and practice of teaching reading. Columbus, Ohio: Merrill Prentice Hall.
            Shearer, A. P., & Homan, S. P. (1994). Linking reading assessment to instruction. New York: SMP.

             PPGS 6135                 TEORI PENGUKURAN                                                                         3 KREDIT


            Sinopsis

                   Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar unsur-unsur teori ujian klasik dan konsep asas pengukuran pendidikan.
            Topik turut membincangkan termasuk menerangkan pengukuran dalam pendidikan, skala pengukuran, teori ujian, konsep statistik dan
            asas untuk teori ujian, pengenalan kepada skala , skor ujian sebagai komposit kebolehpercayaan dan model klasik skor sebenar. Prosedur
            untuk menganggar kebolehpercayaan,kesahan,klasifikasi dan penentuan standard (piawaian)

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan: 50%, Peperiksaan:  50%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            Nunnally, J. C., &  Bernstein, I. H. (1994).  Psychometric theory,  (3rd ed.). New York: McGraw-Hill.
                   Popham, W. J. (1978). Criterion-referenced measurement.  Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
                                                                                                             286
   329   330   331   332   333   334   335   336   337   338   339