Page 101 - VC Message
P. 101

Home of the Bright. Land of the Brave

                                                      Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani


               Mesej Merdeka daripada


               Naib Canselor





               Warga Kampus yang Dihormati,

               Bismillahirrahmanirrahim
               Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

               1.  Refleksi Hari Malaysia ini melakar fajar baharu kebangkitan dalam semangat
                   kemajuan, pengorbanan dan kesetiaan kepada negara, dengan peranan utama
                   kita sebagai pemegang panji utama pendidikan dan pembangunan negara.
               2.  Pendidikan dan keadilan sosial kekal sebagai tmasa depan generasi baharu
                   kita, dan usaha untuk meningkatkan keterangkuman serta kuasa transformatif
                   ilmu telah menjadi teras dalam mengangkat mobiliti sosial serta memacu bidang
                   pertumbuhan utama masa depan, termasuk peralihan tenaga, tadbir urus digital,
                   ekonomi hijau dan pembangunan berasaskan teknologi.
               3.  Semua ini telah lama menjadi nadi dalam memastikan bahawa sebagai institusi
                   terulung negara, sinergi kepakaran dan penggemblengan kekuatan modal insan
                   kekal di barisan hadapan dalam melahirkan bukan sahaja bakat yang diperlukan,
                   tetapi juga impak hasil penyelidikan dan akademik yang mampu membentuk hala
                   tuju negara untuk dekad-dekad mendatang.
               4.  Tindakan dan usaha yang kita laksanakan hari ini membentuk asas kukuh untuk                        93
                   masa  depan  Malaysia.  Wawasan  sebuah  Malaysia  yang  makmur,  bersatu  dan
                   moden, berakar pada nilai, kemajuan rohani dan jasmani, terletak di tangan kita.
   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106