Page 102 - VC Message
P. 102
Leading with Purpose
Messages of the Vice Chancellor MESSAGES OF THE VICE CHANCELLOR
5. Dari pemerkasaan ekonomi kepada tanggungjawab fiskal, dari langkah antirasuah,
pengagihan kekayaan yang adil, hinggalah kepada kemajuan saintifik, dan dari
rantaian bekalan yang berdaya tahan sehingga ke pembangunan mineral kritikal—
semua bidang ini terkandung dalam usaha kita untuk menyumbang kepada
lembaran baharu peranan universiti dalam pembinaan negara dan pembentukan
watak bangsa.
6. Penyelidikan dan sumbangan akademik dalam sektor berdaya tinggi seperti
teknologi, pembuatan aras baharu, dan tenaga boleh diperbaharui selaras
dengan inisiatif strategik seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Strategi
Semikonduktor Negara serta agenda transformasi tenaga dan digital. Hasil nyata
(hardware) dan faktor sokongan (software) berupa graduan dan modal insan bagi
memperkasa inisiatif masa depan ini adalah sebahagian daripada kewajipan
nasional yang mesti dipenuhi dengan momentum berterusan, bermaruah dan
penuh penghormatan, dan ini terus digalas oleh Universiti Malaya.
7. Momentum ke arah ekonomi digital, dengan inisiatif seperti Rangka Tindakan
Ekonomi Digital Malaysia yang mempercepat pertumbuhan e-dagang, fintech,
dan industri kecerdasan buatan, merupakan antara contoh di mana kekuatan
akademia dan industri kekal sangat relevan.
8. Peranan universiti juga mendorong pemerkasaan perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi Malaysia, serta membentuk
pemodenan infrastruktur dengan menyalurkan sumber kepada pengangkutan,
tenaga dan kesalinghubungan digital.
9. Pelaburan dalam infrastruktur hijau, seperti ladang solar dan bangunan awam
cekap tenaga yang menegaskan komitmen negara terhadap pertumbuhan
mampan, memerlukan sinergi strategik akademia-industri dalam memperkasa
pemacu baharu fasa pertumbuhan negara ini, dan ia mesti sentiasa dipandu oleh
94 pencapaian universiti di lapangan serta pelaksanaan praktikal dasar.

