Page 105 - VC Message
P. 105
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
31. Harapan, kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada minda terbaik dan
pakar, disokong oleh keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi, telah dan akan
terus menjadi faktor penyatuan.
32. Daya tahan pada masa ini bukan sahaja sangat diperlukan demi memenuhi dan
memupuk harapan jutaan insan di seluruh dunia, ia adalah perjuangan yang wajar
dipertahankan dalam menyuntik semangat inspirasi untuk berjaya, mencipta
perubahan serta mencapai kejayaan dan melakar sempadan baharu untuk
kemanusiaan.
33. Ini hanya dapat dicapai dalam semangat kerjasama yang kukuh, berfungsi
dengan baik, disokong sepenuhnya dan digembleng secara menyeluruh, dalam
berdiri bersama menyediakan pentas harapan ini untuk rakyat dalam bentuk
akses pendidikan yang berkualiti dan menyeluruh bagi komuniti global di semua
peringkat.
34. Peranan, kepentingan dan kedudukan sektor pendidikan tidak pernah sebegitu
penting seperti pada masa ini. Cabaran telah dihadapi, ditangani dan diatasi sejak
lahirnya tamadun manusia, dan keadaan kini tetap menjadi lambang kejituan dan
kecekalan manusia.
35. Semangat dan tekad rakyat serta komuniti pendidikan akan sentiasa memberikan
cetusan impak positif. Dengan pendidikan tinggi berada di barisan hadapan
kemajuan masa depan, kemanusiaan akan memastikan bahawa semangat yang
teguh, azam dan ketabahan akan sentiasa bertahan, kerana pertaruhan masa
depan kekal meningkat.
36. Hala tuju masa depan dunia sentiasa dibentuk oleh tekad kolektif serta
kekuatan rakyat dengan visi untuk kebaikan bersama—dengan pakatan terjalin,
persahabatan dibina, nilai dikongsi, dna perjuangan diangkat bersama.
37. Kepercayaan terhadap kebijaksanaan dan pertimbangan rakyat dalam 97
membezakan yang benar daripada yang salah serta kewajipan moral sebagai
manusia memperkukuh semangat untuk memperkasa masyarakat dengan ilmu,
hikmah, motivasi dan rasa kebersamaan ke arah membentuk nilai positif yang
menyatukan demi masa depan berteraskan hormat, toleransi, penerimaan dan
belas kasihan.
38. Usaha dilaksanakan oleh kerajaan bersama tekad politik yang kukuh serta
inisiatif menetapkan keutamaan jangka panjang untuk kebaikan masyarakat,
akan memperteguh semangat kemanusiaan—satu seruan yang akan merentasi
sempadan serta menyemai kembali nilai dan belas kasihan dalam insan pada era
peluang tanpa batas untuk umat manusia.
39. Universiti Malaya akan terus memikul maruah negara dengan penuh kehormatan,
untuk berkhidmat dan berkorban demi negara dengan martabat dan kebanggaan,
serta menjadi suara harapan untuk tanah air dan rakyatnya, dan juga untuk dunia
serta kemanusiaan, dengan rendah hati, kekuatan insan dan nilai nurani dan belas
kasihan.
Selamat Hari Malaysia kepada semua.
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
Noor Azuan Abu Osman
Naib Canselor
16 September 2025
0100jam

