Page 104 - VC Message
P. 104
Leading with Purpose
Messages of the Vice Chancellor MESSAGES OF THE VICE CHANCELLOR
masa depan serta menerapkan pemikiran global bergantung pada mekanisme
dalaman daya tahan dengan sokongan padu dari semua pihak.
21. UM berada di barisan hadapan kitaran pertumbuhan nasional dan global,
membayangkan semula aspirasi pendidikan serta objektif dalam melahirkan
graduan yang berimpak tinggi, berpaksikan nilai, berasaskan tujuan dan
berteraskan misi, serta membantu negara bagi fasa pertumbuhan dan transisi
“ Perjalanan 22. Asas kukuh yang dibina akan memastikan generasi muda khususnya mampu
yang seterusnya.
memainkan peranan penting dalam mengurus dan menangani cabaran
manusia sejak
dahulu hingga global demi masa depan kemanusiaan—dengan nilai dikongsi, ilmu dipupuk,
persahabatan terjalin, komuniti disatukan, perjuangan diperjuangkan dan masa
kini sentiasa depan dimanisfestasikan.
berteraskan
kepada peranan 23. Konsep, ilmu, persepsi, sistem kepercayaan dan persekitaran masa depan
pengaruh global serta penguasaan kepimpinan dalam pelbagai dimensi sebahagian
pendidikan, besarnya terhasil daripada tahap interaksi antara pemimpin dan pencipta ilmu
khususnya serta teknologi dengan para pengguna dan pengikut alat pembangunan baharu
pendidikan ini.
tinggi, dalam 24. Peningkatan permintaan terhadap modal insan untuk pertumbuhan ekonomi
menyuburkan berterusan dan peralihan ke masyarakat berpendapatan tinggi dengan penekanan
minda, lebih besar kepada ekonomi digital dan berasaskan ilmu akan membawa kepada
membentuk peningkatan fokus dan pelaburan dalam pendidikan tinggi serta penciptaan
perbahasan program-program kritikal untuk industri, bagi memastikan kesinambungan
dan kemahiran, pertumbuhan pesat dan dasar ekonomi mampan serta memenuhi keperluan dan
menanam ilmu permintaan kelas menengah yang kian berkembang.
dan pengalaman, 25. Kita berdiri pada tekad kolektif yang membentuk kefahaman bahawa asas
96 mencipta kemajuan insan terletak pada kepentingan dan kelestarian semangat manusia
penemuan saintifik yang luar biasa dalam mengatasi cabaran.
dan kesihatan, 26. Perjalanan manusia sejak dahulu hingga kini sentiasa berteraskan kepada
serta pelbagai peranan pendidikan, khususnya pendidikan tinggi, dalam menyuburkan minda,
membentuk perbahasan dan kemahiran, menanam ilmu dan pengalaman,
pencapaian lain mencipta penemuan saintifik dan kesihatan, serta pelbagai pencapaian lain yang
yang membentuk membentuk kejayaan masyarakat masa kini dan masa depan negara.
kejayaan 27. Dari menjadi inspirasi kepada pelajar muda sehingga kepada melahirkan saintis
masyarakat masa bertaraf dunia, sumbangan dan impak pendidikan amat kritikal dalam melakar
kini dan masa sempadan baharu kemanusiaan.
depan negara. 28. Nyawa telah diselamatkan, penyakit diubati, peperangan dielakkan, diplomasi
dibina, karya seni disempurnakan, persahabatan dipupuk dan kemiskinan
ditangani melalui usaha serta pencapaian luar biasa komuniti pendidikan dalam
“
membentuk tonggak kemajuan global serta menyelesaikan pelbagai cabaran
masyarakat.
29. Semangat kita dalam penyampaian pendidikan berkualiti dan perkongsian ilmu
kepada rakyat dan generasi muda akan terus menjadi pemacu mulia dalam
menerajui daya tahan serta kelestarian pembinaan negara, dan di sinilah peranan
UM kekal sebagai batu asas teguh harapan baharu generasi mendatang.
30. Ini menjadi dorongan yang tidak boleh kita abaikan kerana kehidupan dan masa
depan dunia sangat bergantung kepadanya. Inilah pentas di mana anak muda
beraspirasi yang mahu menjadi doktor penyelamat nyawa dari sebuah desa
terpencil di Pisco, Peru, atau pemuzik harapan dari Vladivostok, Rusia, meletakkan
kepercayaan pada masa depan dan usaha mereka untuk membawa perubahan
kepada diri, komuniti dan dunia.

