Page 234 - VC Message
P. 234

Leading with Purpose
                                      Messages of the Vice Chancellor     SELECTED SOCIAL MEDIA POSTS










































   226



                                                 ari ini, saya berasa amat terharu dan penuh rasa syukur
           23 DECEMBER 2025                      dapat menghadiri Majlis Persaraan - Jasamu Dikenang
                                                 bagi warga Universiti Malaya yang diraikan khusus buat
                                     Hpara warga UM yang telah bersara, insan-insan luar
                                     biasa yang telah mencurahkan khidmat bakti, tenaga, masa dan

                                     jiwa mereka kepada universiti tercinta ini selama bertahun-tahun,
                                     malah berdekad-dekad lamanya.
                                     Universiti Malaya tidak dibina oleh bangunan atau ranking semata-mata. UM dibina
                                     oleh manusia - oleh para akademik yang mendidik dengan ilmu dan nilai, oleh warga
                                     pentadbiran dan sokongan yang memastikan universiti ini berfungsi dengan cekap
                                     dan berintegriti, dan oleh mereka yang bekerja di sebalik tabir tanpa mengharapkan
                                     pujian, namun sumbangan mereka amat besar maknanya. Setiap kejayaan UM hari
                                     ini berdiri di atas asas kukuh hasil pengorbanan dan ketekunan generasi terdahulu.
                                     Kepada para pesara UM, jasa dan pengorbanan tuan-puan tidak pernah pudar.
                                     Ada yang menyaksikan perubahan zaman, dasar dan kepimpinan; ada yang
                                     melalui cabaran dan krisis; ada yang berkhidmat dalam senyap, namun kesannya
                                     berpanjangan. Tuan-puan telah membentuk budaya kerja, nilai profesionalisme, dan
                                     semangat kecemerlangan yang kini menjadi DNA Universiti Malaya.
                                     Majlis ini bukan sekadar tanda terima kasih, tetapi satu pengiktirafan bahawa UM
                                     menghargai setiap titik peluh, setiap pengorbanan masa bersama keluarga, dan
                                     setiap  keputusan  yang  dibuat  demi  kelangsungan  dan kecemerlangan universiti.
                                     Legasi tuan-puan terus hidup melalui graduan yang telah dilahirkan, sistem yang telah
   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239