Page 236 - VC Message
P. 236

Leading with Purpose
                                      Messages of the Vice Chancellor     SELECTED SOCIAL MEDIA POSTS










































   228
                                                 ari ini mencatat satu lagi detik bersejarah dalam perjalanan
          20 DECEMBER 2025                       120 tahun Universiti Malaya. Dengan penuh rasa syukur
                                                 dan takzim, saya merafak sembah menjunjung kasih
                                     Hke hadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
                                     Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum
                                     Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, atas perkenan

                                     bercemar duli menyempurnakan Majlis Pelancaran UM Immersive
                                     120 dan Lawatan ke Galeri Seni Universiti Malaya.

                                     UM Immersive 120 bukan sekadar sebuah pameran. Ia adalah sebuah perjalanan
                                     merentas masa, menghidupkan jati, pemikiran dan jiwa Universiti Malaya melalui
                                     gabungan visual, audio dan penceritaan digital yang mendalam. Di sinilah sejarah,
                                     pencapaian dan aspirasi masa hadapan UM dirangkumkan dalam pengalaman yang
                                     menyeluruh, mencerminkan sebuah universiti yang berakar kukuh pada tradisi, namun
                                     berani meneroka masa depan dengan keyakinan dan kebijaksanaan.
                                     Pendekatan immersive ini membolehkan pengunjung bukan hanya melihat,
                                     tetapi mengalami legasi UM secara langsung - suatu manifestasi kesediaan
                                     UM memanfaatkan teknologi moden sebagai wacana penyampaian ilmu, tanpa
                                     mengorbankan nilai, prinsip dan identiti yang menjadi tunjang sejak penubuhan. Pada
                                     peringkat nasional, inisiatif ini merupakan yang pertama seumpamanya oleh universiti
                                     awam - menzahirkan komitmen UM sebagai perintis inovasi dan penanda aras baharu.

                                     Pelancaran Galeri Universiti Malaya pula membawa makna yang tidak kurang
                                     pentingnya. Galeri ini  ialah ruang intelektual dan  budaya  - tempat  seni, sejarah,
                                     pemikiran dan  ilmu  bertemu. Ia menegaskan  keyakinan  bahawa  kecemerlangan
   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240   241