Page 241 - VC Message
P. 241

Home of the Bright. Land of the Brave

                                                      Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani



               besar, tekanan ekonomi dan fiskal, sehingga kepada revolusi teknologi, kecerdasan
               buatan dan perubahan demografi yang sedang membentuk semula landskap
               pendidikan tinggi global. Dalam realiti baharu ini, universiti tidak lagi boleh bergerak
               secara linear, reaktif atau bergantung sepenuhnya kepada model lama. Universiti
               mesti bersifat tangkas, berdaya tahan dan berpandangan jauh.
               Atas kesedaran inilah, kita membentangkan Belanjawan UM 2026.

               Langkah ini mencerminkan komitmen Pengurusan Universiti untuk memastikan setiap
               warga Universiti memahami dengan lebih jelas hala tuju strategik Universiti, khususnya
               berkaitan keutamaan yang ditetapkan serta bagaimana peruntukan kewangan diagih
               dan dimanfaatkan.

               Saya percaya, apabila kita semua memahami bagaimana sumber kewangan Universiti
               dirancang dan digunakan, maka di situ terbinanya  keyakinan, kepercayaan dan
               semangat kebersamaan dalam memikul tanggungjawab ini.

               Perbelanjaan  pendidikan tinggi dunia kini  melebihi  USD2.5 trilion setahun, namun
               dalam masa yang sama, hampir 70% universiti awam di seluruh dunia berdepan
               tekanan defisit operasi, pengurangan geran awam, dan peningkatan kos tadbir urus
               serta penyelidikan. Di Amerika Syarikat, lebih 500 kolej dan universiti telah bergabung,
               mengecil atau ditutup dalam dua dekad kebelakangan ini.
               Di Eropah dan Asia, universiti terkemuka seperti Oxford, Melbourne dan Tokyo
               University kini bergantung secara signifikan kepada dana endowmen, kerjasama
               industri dan dana antarabangsa bagi menampung kos penyelidikan yang semakin
               meningkat. Ini adalah isyarat jelas bahawa kelestarian universiti masa depan tidak
               lagi boleh bersandar kepada satu sumber, tetapi mesti dipacu oleh strategi kewangan
               yang berani, pelbagai dan berimpak.                                                                    233

               Dalam landskap global yang mencabar inilah Universiti Malaya berdiri - bukan sekadar
               sebagai universiti tertua negara, tetapi sebagai institusi nasional yang memikul
               amanah strategik kepada Malaysia. UM bukan pemerhati kepada perubahan, tetapi
               pemain utama yang mesti menentukan arah baharu.

               Belanjawan Universiti Malaya 2026 ini dirangka bukan sekadar untuk menampung
               operasi, tetapi untuk membina daya tahan institusi, melindungi kesejahteraan warga,
               dan menyediakan asas kukuh bagi transformasi jangka panjang. Ia adalah belanjawan
               yang lahir daripada keberanian berfikir secara strategik, disiplin fiskal, dan keinsafan
               bahawa masa depan universiti tidak menunggu mereka yang ragu-ragu.

               Untuk  meletakkan usaha  Universiti  Malaya  ini  dalam  perspektif global,  saya  ingin
               berkongsi beberapa realiti penting. Universiti-universiti bertaraf dunia hari ini beroperasi
               pada skala kewangan yang amat besar dan kompleks. Harvard University, sebagai
               contoh, mempunyai dana endowmen melebihi USD50 bilion, dengan perbelanjaan
               tahunan mencecah USD6.5 bilion. National University of Singapore membelanjakan
               lebih SGD4.5 bilion setahun, dengan hampir 30–35% daripadanya disalurkan khusus
               kepada penyelidikan berimpak tinggi dan inovasi.

               Secara global, pelaburan dunia dalam penyelidikan dan pembangunan kini melebihi
               USD2.4 trilion setahun, namun universiti awam hanya menerima sebahagian kecil
               daripada jumlah ini dan semakin bergantung kepada dana kompetitif, industri dan
               antarabangsa.

               Pada masa yang sama, kos operasi universiti meningkat purata 6–8% setahun,
               jauh mengatasi kadar inflasi. Dalam konteks ini, langkah Universiti Malaya untuk
               memperkukuh  kelestarian  kewangan,  mempelbagaikan  sumber  pendapatan,
               memperkemas tadbir urus dan bergerak ke arah autonomi penuh bukan sekadar
               keperluan tempatan, tetapi satu keperluan strategik global. UM sedang menyesuaikan
               diri dengan realiti universiti kelas dunia - berdaya tahan, berprestasi tinggi dan
   236   237   238   239   240   241   242   243   244   245   246