Page 244 - VC Message
P. 244
Leading with Purpose
Messages of the Vice Chancellor SELECTED SOCIAL MEDIA POSTS
This lecture also stands as a tribute to the towering legacy of Almarhum Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah - jurist, reformer, constitutional guardian, and a singular figure who
embodied the rare fusion of judicial wisdom and royal responsibility. His life reminds
us that sovereignty gains legitimacy only when anchored in justice.
Today, that legacy continues to shine through the enlightened stewardship of His
Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, whose unwavering patronage of
scholarship and integrity continues to guide Universiti Malaya’s ascent - not merely in
global rankings, but in global relevance, credibility and moral authority.
The Sultan Azlan Shah Law Lecture matters because it does more than inform. It
forms. It challenges us to test our fidelity to the rule of law in an increasingly fragile,
complex and interconnected world.
May the spirit and legacy of Almarhum Sultan Azlan Shah continue to illuminate our
path forward.
................................................................
Siri Ke-35 Syarahan Undang-Undang Sultan Azlan Shah memperlihatkan satu detik
intelektual yang amat bermakna - suatu penegasan bahawa undang-undang, apabila
dipandu oleh nurani, keberanian moral dan kebijaksanaan sejarah, berfungsi sebagai
benteng peradaban manusia.
Kita diingatkan bahawa undang-undang bukan sekadar himpunan statut,
penghakiman atau prosedur. Syarahan oleh Sir Christopher Greenwood melangkaui
doktrin dan precedent. Ia meliputi seni bina moral undang-undang antarabangsa -
bahawa undang-undang mesti dibina bukan sahaja untuk berfungsi dalam suasana
236 aman, tetapi juga untuk bertahan ketika berdepan tekanan, kegagalan, konflik dan
pergolakan manusia.
Sebagai seorang jurutera, saya mendekati topik ini daripada sudut pandang yang
berbeza - melihat undang-undang antarabangsa melalui lensa struktur, ketahanan,
titik tekanan dan kegagalan sistem. Perspektif ini memberikan saya kefahaman
baharu: apabila sistem kejuruteraan gagal, struktur akan runtuh; tetapi apabila sistem
undang-undang gagal, harga yang dibayar ialah penderitaan dan maruah manusia.
Kesedaran ini sahaja sudah cukup untuk mengubah cara kita memahami beratnya
tanggungjawab profesion perundangan.
Dalam era yang diwarnai oleh senjata autonomi, peperangan siber, pergolakan dan
perebutan kuasa di angkasa dan kecerdasan buatan, undang-undang antarabangsa
bukan lagi bersifat sebagai sampingan. Ia bersifat existential. Kestabilan dunia pada
masa hadapan bergantung kepada keupayaan undang-undang untuk berkembang
seiring cabaran baharu yang tidak pernah dihadapi oleh mana-mana generasi
terdahulu - daripada pemindahan penduduk akibat perubahan iklim, pandemik global,
perang digital, hinggalah kepada kebangkitan kecerdasan buatan era baharu.
Program ini mengingatkan kita bahawa kedaulatan undang-undang tidak pernah
dijamin oleh sejarah. Ia mesti diperbaharui oleh setiap generasi, dipertahankan di
bawah tekanan, dan ditegakkan walaupun ketika ia tidak selesa dari sudut politik.
Syarahan ini juga merupakan penghormatan kepada legasi agung Almarhum Sultan
Azlan Muhibbuddin Shah - seorang negarawan perundangan, pemikir dan pelindung
perlembagaan.
Perjalanan Almarhum merupakan antara kisah paling luar biasa dalam sejarah moden,
memperlihatkan penyatuan unik antara kebijaksanaan kehakiman dan tanggungjawab
kedaulatan DiRaja.

