Page 249 - VC Message
P. 249

Home of the Bright. Land of the Brave

                                                      Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani



               Sidang hari ini juga menyaksikan satu pencapaian penting: daripada 686 graduan
               PhD,  seramai  156  berjaya  menamatkan  pengajian  tepat  pada  masanya  (Graduate
               On Time). Namun di sebalik angka itu tersembunyi kisah perjuangan yang panjang -
               malam tanpa tidur, tekanan berpanjangan, kecekalan mengatasi kegagalan, dan tekad
               yang tidak pernah luntur. Semua ini adalah bukti bahawa kejayaan akademik bukan
               hadir secara tiba-tiba, tetapi hasil ketahanan mental dan jiwa yang berpanjangan.

               Dalam ucapan saya, saya mengajak para graduan untuk melihat dunia secara lebih
               jujur dan realistik. Inilah sebabnya mengapa Universiti Malaya tidak hanya melahirkan
               pemikir teknikal, tetapi insan yang berprinsip. UM berpegang pada falsafah bahawa
               ilmu  tidak  boleh berdiri  bersendirian  tanpa  jiwa. Kemajuan  tanpa  nilai  membawa
               kerosakan, dan kecerdikan tanpa moral hanya menghasilkan kecanggihan tanpa
               kemanusiaan.
               Saya tekankan kepada para graduan bahawa dunia yang menanti mereka akan
               menguji bukan sahaja kepintaran, tetapi keberanian moral. Akan tiba detik di mana
               keputusan mereka bukan ditentukan oleh formula atau data semata-mata, tetapi oleh
               nilai dan integriti yang tertanam dalam diri. Ketika piawaian dunia semakin kabur,
               keberanian moral menjadi kompas yang paling penting.

               Saya percaya graduan UM akan membawa kekuatan ini.
               Kepada para ibu bapa dan keluarga, ucapan penghargaan saya tidak berkesudahan.
               Tidak ada kejayaan akademik yang hadir tanpa doa dan pengorbanan keluarga. Saya
               melihat wajah-wajah yang sarat dengan kesyukuran, kelegaan dan kebanggaan.
               Kejayaan ini adalah kejayaan anda juga. Terima kasih kerana menyerahkan amanah
               paling berharga kepada Universiti Malaya.
               Konvokesyen ini juga mengingatkan saya tentang misi besar sebuah universiti awam                       241
               utama negara. UM bukan sekadar tempat mengajar dan belajar; UM adalah peneraju
               pembinaan  bakat  nasional, pemacu daya  saing negara, pencetak pemimpin masa
               depan, penyumbang kepada dasar-dasar kebangsaan, dan suara moral dalam
               masyarakat.
               Dalam lanskap dunia yang semakin mencabar, UM perlu terus berdiri sebagai mercu
               tanda keintelektualan, sumber hikmah dan suara yang memperjuangkan kebenaran,
               keadilan dan kemanusiaan.

               Akhirnya, kepada seluruh graduan: langkah anda selepas ini bukan langkah biasa.
               Anda sedang membawa nama universiti tertua dan terunggul di Malaysia, sebuah
               nama yang terikat dengan nilai, integriti dan kecemerlangan. Melangkahlah dengan
               keberanian  seorang  pemimpin,  dengan  kebijaksanaan  seorang  ilmuwan,  dengan
               keinsafan seorang insan, dan dengan semangat yang tidak pernah padam untuk
               membina dunia yang lebih adil, lebih sejahtera dan lebih manusiawi.

               Tahniah kepada Class of 2025. Semoga anda menjadi pemimpin yang bukan hanya
               berjaya, tetapi memberi makna kepada dunia. Universiti Malaya sentiasa bersama
               anda, dan sepanjang perjalanan anda menuju masa depan yang anda sendiri akan
               bina.
               ......................................................................

               The Dewan Tunku Canselor once again stands as witness to a profound journey that
               encompasses far more than the awarding of degrees. The First Session of the 65th
               Universiti Malaya Convocation carries a meaning far deeper - it is a meeting point of
               knowledge, values, responsibility, and the future.

               With utmost respect, I express my deepest gratitude for the presence of His Royal
               Highness Paduka Seri Sultan of Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,
               whose attendance once again elevates the dignity of this ceremony and provides moral
   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254