Page 253 - VC Message
P. 253
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
We are called not only to excel intellectually, but to lead with conscience. Not only
to rise in global rankings, but to elevate civilisation through knowledge, values,
and shared prosperity. Our journey is part of a larger mission to support Malaysia’s
aspirations, strengthen our region, and contribute meaningfully to humanity and the
global community.
May this achievement renew our resolve to move forward with clarity of purpose,
humility, and unwavering commitment. Let us continue to build a university that stands
not just as a global leader, but as a beacon of hope, responsibility, and enduring
impact for generations to come.
............................
Kita menyaksikan satu pencapaian yang amat bermakna buat Universiti Malaya. Kita
sekali lagi diiktiraf sebagai universiti No. 1 di Malaysia dalam QS World University
Rankings: Sustainability 2026, dan kini berada dalam kelompok 9% teratas di dunia
serta ke-16 di Asia. Pengiktirafan ini mencerminkan usaha gigih dan komitmen seluruh
warga UM dalam memacu agenda kemampanan dengan integriti, kesungguhan dan
visi yang jelas.
Pencapaian ini bukan sekadar angka dalam ranking, tetapi cerminan nilai yang kita
junjung sebagai universiti negara. Ia menzahirkan aspirasi kita dalam memperkasa
penyelidikan, pendidikan, tadbir urus, dan kesan sosial yang memberi manfaat kepada
masyarakat dan negara. Pada asasnya, universiti perlu menjadi pemangkin kebaikan
bersama, agen pembinaan peradaban, dan penyumbang kepada masa depan yang
lebih adil, inklusif dan sejahtera.
Namun, dalam meraikan kejayaan ini, kita harus sentiasa ingat bahawa perjalanan ke
hadapan jauh lebih penting daripada pengiktirafan yang diterima. Tanggungjawab kita 245
kini semakin besar - untuk terus memimpin perubahan, melahirkan generasi masa
depan yang berwawasan, memperdalam komitmen terhadap SDG dan ESG, dan
menyumbang kepada dunia yang lebih lestari dan berdaya tahan.
Panggilan kita bukan sekadar cemerlang dalam ilmu, tetapi memimpin dengan
nurani dan ihsan. Bukan sekadar naik dalam penarafan global, tetapi mengangkat
martabat tamadun melalui ilmu, nilai, dan kemakmuran bersama. Perjalanan ini
adalah sebahagian daripada misi yang lebih besar dalam menyokong aspirasi
negara, memperkukuh aspirasi, dan memberi makna kepada kemanusiaan secara
keseluruhan.
Moga pencapaian ini menyemarakkan lagi iltizam kita untuk melangkah ke hadapan
dengan rendah hati, berprinsip, dan berwawasan jauh. Bersama, kita bina UM bukan
sahaja sebagai peneraju global, tetapi sebagai obor harapan, tanggungjawab, dan
impak berpanjangan untuk generasi akan datang.
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani

