Page 248 - VC Message
P. 248

Leading with Purpose
                                      Messages of the Vice Chancellor     SELECTED SOCIAL MEDIA POSTS




                                                 ewan  Tunku  Canselor  kembali  menjadi  saksi  kepada
            1 DECEMBER 2025                      sebuah perjalanan besar yang merangkumi lebih
                                                 daripada penganugerahan ijazah. Sidang Pertama
                                     DIstiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-65 membawa
                                     makna yang jauh lebih mendalam, ia adalah pertemuan antara ilmu,
                                     nilai, tanggungjawab dan masa depan. Dengan penuh takzim, saya
                                     menjunjung kasih atas keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka

                                     Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,
                                     yang sekali lagi mengangkat martabat istiadat dan memberikan
                                     kekuatan moral kepada seluruh warga Universiti Malaya.

                                     Keberangkatan Tuanku bukan hanya memuliakan majlis, tetapi menegaskan bahawa
                                     tradisi ilmu dan kepimpinan sentiasa berada di bawah naungan kebijaksanaan DiRaja.
                                     Menjunjung kasih Tuanku.
                                     Konvokesyen tahun ini terasa luar biasa. Ia hadir dalam suasana dunia yang penuh
                                     ketidaktentuan - era pasca-pandemik, geopolitik yang semakin tegang, perubahan
                                     iklim yang mendesak, teknologi yang berkembang lebih pantas daripada nilai manusia
                                     sempat mengejarnya, dan jurang sosial yang terus melebar.

                                     Justeru, para graduan kita tidak hanya melangkah ke alam kerjaya; mereka melangkah
                                     ke dunia yang memerlukan kebijaksanaan, kekuatan moral dan keinsafan yang lebih
                                     tinggi daripada sebelumnya.
   240
   243   244   245   246   247   248   249   250   251   252   253