Page 245 - VC Message
P. 245
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
237
Legasi ini hari ini diteruskan dengan berwibawa di bawah kepimpinan Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di mana naungan dan
kebijaksanaan baginda terus memacu Universiti Malaya ke tahap yang lebih tinggi -
bukan sekadar dari segi penarafan global, tetapi dari segi kerelevanan, kredibiliti dan
autoriti moral di peringkat antarabangsa.
Inilah sebabnya mengapa Syarahan Undang-Undang Sultan Azlan Shah amat
signifikan. Ia bukan sekadar memberi pencerahan, tetapi membentuk pemikiran. Ia
bukan sekadar menjelaskan prinsip undang-undang, tetapi menguji pematuhan kita
terhadapnya dalam dunia yang semakin rapuh, kompleks dan saling bergantungan.
Semoga legasi Almarhum Sultan Azlan Shah terus menerangi jalan kita dalam
perjalanan baharu masa hadapan.
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani

