Page 242 - VC Message
P. 242
Leading with Purpose
Messages of the Vice Chancellor SELECTED SOCIAL MEDIA POSTS
berorientasikan masa depan, tanpa mengorbankan amanah awam dan tanggungjawab
nasional.
Saya yakin Belanjawan 2026 ini akan menjadi wadah penting untuk memperkukuh
sokongan dan komitmen seluruh warga Universiti dalam merealisasikan aspirasi
Universiti Malaya melalui pengurusan kewangan yang berhemah, mampan dan
berdaya tahan, demi manfaat generasi kini dan akan datang.
Belanjawan Universiti Malaya 2026 ini bukan sekadar dokumen kewangan, tetapi satu
pernyataan nilai dan keberanian institusi. Ia mencerminkan pilihan yang kita buat -
untuk melindungi warga, memperkukuh teras akademik, melabur dalam masa depan,
dan pada masa yang sama berdisiplin dalam pengurusan sumber.
Dalam dunia di mana kos penyelidikan global meningkat hampir 40% dalam tempoh
sedekad, dan universiti elit dunia membelanjakan sehingga USD1–2 bilion setahun
bagi operasi dan penyelidikan, UM memilih untuk bergerak secara berstrategi,
berfokus dan berhemah, tanpa mengorbankan kualiti dan maruah institusi.
Pemberian autonomi penuh kepada Universiti Malaya bukan sekadar satu
keistimewaan, tetapi satu amanah besar yang menuntut perubahan minda, budaya
kerja dan disiplin tadbir urus. Autonomi menuntut kita berfikir seperti institusi bertaraf
dunia - cekap dalam membuat keputusan, berani dalam pelaburan strategik, dan telus
dalam setiap ringgit yang dibelanjakan.
Universiti-universiti terbaik dunia seperti Harvard, Stanford dan NUS tidak dibina atas
subsidi semata-mata, tetapi atas tadbir urus yang kukuh, kepimpinan berwawasan
dan keupayaan menjana nilai berterusan. UM kini melangkah ke arah yang sama -
dengan identiti nasional yang kukuh dan tanggungjawab kepada rakyat.
234
Masa depan Universiti Malaya tidak ditentukan oleh keadaan dunia semata-mata,
tetapi oleh keberanian kita untuk bertindak dalam dunia yang mencabar. Kita sedang
membina UM yang lebih berdikari, lebih berdaya tahan dan lebih berpengaruh -
sebuah universiti yang bukan sahaja bertahan dalam gelombang perubahan, tetapi
memimpin perubahan tersebut.
Dengan kesatuan tekad, kebijaksanaan kolektif dan komitmen padu seluruh warga,
saya yakin Universiti Malaya akan terus berdiri megah sebagai institusi ilmu yang
disegani, relevan dan lestari - untuk generasi hari ini, dan untuk masa depan negara.
Saya menyeru seluruh warga Universiti Malaya untuk bersama-sama menyokong
dan merealisasikan belanjawan ini. Dengan komitmen yang berterusan dan rasa
tanggungjawab yang dikongsi, saya yakin Universiti Malaya akan terus melangkah
yakin sebagai institusi yang berdaya tahan, berdikari dan unggul, serta kekal lestari
dalam memacu kecemerlangan selaras dengan aspirasi Financial Sustainability di
bawah Pelan Strategik Universiti Malaya 2026–2030.
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani

