Page 31 - CEREKA_APM_Jan_Apr2025
P. 31

SIRI JELAJAH PAKISTAN I: KEINDAHAN GILGIT
                     DAN LEMBAH HUNZA MENJADI KETAKJUBAN DUNIA
                                              Mardian Shah Omar
                        Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

           Jika bercadang untuk bercuti ke Pakistan, pergilah ke Gilgit dan

           Lembah Hunza. Gilgit dan Lembah Hunza merupakan destinasi yang
           paling memukau di Pakistan, terkenal dengan keindahan alam semula
           jadi dan kaya dengan daya tarikan budaya yang mempesona. Memang
           tidak boleh dinafikan, Pakistan adalah sebuah negara yang kaya
           dengan panorama semula jadi yang mengasyikkan saujana mata
           memandang. Pakistan mempunyai beberapa banjaran gunung tertinggi
           di dunia seperti Banjaran Karakoram, Himalaya, dan Hindu Kush.
           Puncak K2, iaitu gunung kedua tertinggi di dunia, terletak di sini.


































                    Gambar 1: Suasana pergunungan dan lembah sungai yang Indah.
































                       Gambar 2: Panorama yang Indah dari kawasan pergunungan.

           Lembah Hunza terletak di tengah-tengah banjaran Karakoram, yang menjadi rumah
           kepada beberapa puncak tertinggi di dunia seperti Rakaposhi (7,788 m), Ultar Sar,
           dan Ladyfinger Peak. Tak hairanlah jika kita yang baru tiba di Gilgit, akan terlihat
           seperti dikelilingi oleh gunung-gunung batu yang tinggi, indah diselimuti salju putih.
           Pemandangan luar biasa ini jelas terlihat keindahannya tatkala pada waktu
           matahari terbit dan terbenam. Kita akan terasa seperti berada di satu dunia yang
           ganjil tetapi menakjubkan. Jauh berbeza dengan pandangan mata kita di bumi
           Malaysia kita yang tercinta ini.
                                                                                                  31
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36