Page 34 - CEREKA_APM_Jan_Apr2025
P. 34
SIRI JELAJAH PAKISTAN II: Mardian Shah Omar (sambungan 4)
Gambar 7: Para pelajar turut gembira menerima kedatangan pelawat asing.
Keindahan yang terpancar di Lembah Hunza bukan sahaja terpancar
pada keindahan alam semula jadi tetapi juga pada suasana tatkala
anak-anak petani ini keluar dari sekolah berjalan berderetan sambil
bergandingan tangan sesama mereka. Ada yang menyanyi dan ada
yang berbual-bual sesama mereka. Bas kami berhenti seketika untuk
kami mendapatkan mereka bagi menghulurkan makan ringan seperti
biskut, roti, gula-gula dan seumpamanya.
Gambar 8: Gambar 9:
Sumbangan makanan diberikan kepada kanak- Kanak-kanak yang pulang dari
kanak yang bermain di Kawasan Kampung sekolah menerima sumbangan
Seronok melihat keletah anak-anak ini semasa mendapatkan sesuatu
yang jarang dilihat di lembah ini. Keindahan yang dikecapi bukan
sahaja terpancar pada setiap sudut panorama di lembah ini tetapi juga
terlihat pada keikhlasan sumbangan yang diberikan dan keseronokan
anak-anak Hunza ini menerima sumbangan yang mereka dapat.
Semoga kenangan manis ini terpahat pada setiap hati ahli rombongan
kami. Kalau berpeluang, sudah pasti saya akan ke sini lagi!
**********
34

