Page 36 - CEREKA_APM_Jan_Apr2025
P. 36
Siri Jelajah Pakistan II: Mardian Shah Omar (sambungan 2)
Gambar 3: Rombongan kami
bergambar di benteng Baltit yang
terletak di puncak bukit.
Gambar 2: Aktiviti air yang terlihat
sekitar Tasik Attabad.
Sebenarnya banyak lagi tempat yang indah dan menarik yang boleh
dilawati di Gilgit dan Lembah Hunza ini. Banyak destinasi yang
mempesonakan yang menjadi tumpuan utama pelancong asing untuk
datang ke lembah ini. Jika berkesempatan singgahlah di Benteng Altit
dan Benteng Baltit. Benteng Altit ini telah dibina lebih dari 1,000 tahun
yang lalu, benteng ini ialah simbol sejarah dan seni bina kuno di kawasan
ini. Manakala Benteng Baltit merupakan sebuah benteng kuno berusia
lebih daripada 700 tahun, terletak di puncak bukit yang menghidangkan
panorama lembah yang menakjubkan.
Selain itu, rombongan saya juga dapat menikmati pemandangan indah
gunung-gunung batu di sepanjang perjalanan ke Khunjerab Pass, iaitu
sempadan Pakistan-China yang terletak ke utara dan kawasan ini
diselimuti salji tebal. Dalam perjalanan pulang dari Khunjerab Pass, kami
singgah di Passu Cones dan Gojal Valley yang merupakan antara
destinasi yang paling popular di dunia.
Setelah hampir lima hari kami berada di Gilgit dan Lembah Hunza, pada
hari keenam kami bertolak pulang ke Islamabad dengan kenderaan
melalui Lebuh Raya Karakoram (Karakoram Highway), iaitu yang menjadi
penghubung ke kawasan ini. Sepanjang lebuh raya ini kami turut dapat
melihat Laluan Sutera Lama (Old Silk Road) yang menjadi laluan
pedagang China suatu ketika dahulu yang datang berdagang ke sebelah
Pakistan dan India.
36

