Page 35 - CEREKA_APM_Jan_Apr2025
P. 35

SIRI JELAJAH PAKISTAN II: RAHSIA DI SEBALIK KEINDAHAN TASIK ATTABAT
                          DAN KEGERUNAN LEBUH RAYA KARAKORAM
                                            Mardian Shah Omar
                       Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur



          Keindahan Pakistan bukan hanya terletak pada gunung-gunung
          raksasa yang terdapat di sekelilingnya tetapi juga terserlah dengan
          keindahan panorama Tasik Attabad yang menjadi destinasi popular
          untuk pelancong, sementara Sungai Indus menjadi tulang belakang
          kehidupan ekonomi dan budaya Pakistan. Tasik ini memiliki air biru
          turkois yang sangat indah, menjadikannya destinasi pelancongan
          popular untuk aktiviti air. Tasik Attabad dikatakan mempunyai
          sejarahnya yang tersendiri. Tasik Attabad yang terletak 8,369 kaki dari
          aras laut di pergunungan


          Karakoram adalah salah satu tasik terunik di dunia. Tasik ini hanya
          berusia 15 tahun pada tahun ini (2025) kerana pembentukanya terjadi

          pada tahun 2010. Pada tahun 2010, kampung Attabad di Hunza Valley
          telah dilanda tanah runtuh besar yang memusnahkan kampung itu.
          Bersama Attabad, empat kampung lain iaitu Ainabad, Shishkat, Gulmit
          dan Gulkin turut musnah sama sekali ditenggelami air yang membentuk
          Tasik Attabad yang ada pada hari ini. Kira-kira 20 orang dilaporkan
          terbunuh dan lebih 6000 penduduk kampung kehilangan tempat tinggal.


          Disebabkan runtuhan tanah itu berskala sangat besar, ia turut

          meruntuhkan dua laluan utama, iaitu sebahagian Lebuh Raya
          Karakoram dan Sungai Hunza. Namun, tasik yang terbentuk ini
          sungguh cantik dan mampu memukau mata yang memandang dan
          pastinya meninggalkan kesan yang mendalam pada setiap pengunjung
          yang datang ke situ.







































                     Gambar 1: Pemandangan indah sekitar Tasik Attabad









                                                                                                  35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40