Page 32 - CEREKA_APM_Jan_Apr2025
P. 32

SIRI JELAJAH PAKISTAN II: Mardian Shah Omar (sambungan 2)



          Gilgit dan Lembah Hunza merupakan permata tersembunyi di Pakistan,
          memadukan keajaiban semula jadi, budaya, dan sejarah yang luar
          biasa. Kawasan ini sesuai untuk pencinta alam, pengembara, dan
          sesiapa yang ingin mencari ketenangan di tengah keindahan yang tiada
          tandingan. Musim gugur menyaksikan kehadiran kami ke bumi Gilgit dan

          Lembah Hunza. Kami bermalam di Islamabad setelah tiba di Lapangan
          Terbang Antarabangsa Islamabad. Keesokannya, kami menaiki pula
          kapal terbang tempatan yang lebih kecil untuk diterbangkan ke Gilgit
          yang terletak ke utara Pakistan sebelum menaiki bas untuk menuju ke
          Lembah Hunza. Mata kami dihiasi dengan dedaun pepohonan yang
          berwarna warni menghiasi lereng-lereng bukit dan kaki gunung batu
          yang tersergam seakan deretan tembok batu di situ.


          Udaranya nyaman dan menyegarkan. Walaupun kami tiba pada musim

          gugur, suhu di sini terasa sungguh sejuk. Lembah Hunza terkenal
          dengan kehijauan pokok-pokok aprikot, ceri, dan walnut, terutamanya
          pada musim bunga apabila pokok-pokok ini berbunga yang mencipta
          suatu landskap ibarat hamparan permaidani indah. Warna dedaun yang
          berubah menjadi warna keemasan dan kemerahan, mengubah lembah
          ini kelihatan persis sebuah lukisan. Selain itu, pokok buah-buahan yang
          berbunga       dengan       warna      merah      jambu      dan     putih     mencipta
          pemandangan yang magis. Bagi mereka yang pertama kali menyaksikan
          suasana ini pasti akan jatuh hati.






























                        Gambar 3:                  Gambar 4:  Pemandangan suasana musim luruh
                Hamparan pergunungan dan                         di lembah Hunza.
                 kawasan sungai yang indah.

           Semasa di Gilgit dan Lembah Hunza, selain menikmati keindahan
           ciptaan Tuhan yang menakjubkan, kita juga boleh melihat budaya dan
           cara hidup masyarakat di sana. Kehidupan mereka sangat sederhana
           mahupun serba kekurangan. Rata-rata kehidupan masyarakat di sana
           adalah sebagai petani dan peladang kecil. Semasa di Gilgit dan
           Lembah Hunza, selain menikmati keindahan ciptaan Tuhan yang
           menakjubkan, kita juga boleh melihat budaya dan cara hidup
           masyarakat di sana. Kehidupan mereka sangat sederhana mahupun
           serba kekurangan. Rata-rata kehidupan masyarakat di sana adalah

           sebagai petani dan peladang kecil.



                                                                                                  32
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37