Page 37 - CEREKA_APM_Jan_Apr2025
P. 37

SIRI JELAJAH PAKISTAN II: Mardian Shah Omar (sambungan 3)


























































                   Gambar 4: Laluan sutera yang dibina di lereng-lereng gunung.





        Lebuh raya Karakoram ini dianggap salah satu lebuh raya paling indah dan
        paling bahaya di dunia. Oleh sebab lebuh raya Karakoram ini dibina di
        lereng-lereng gunung batu yang tinggi dan bersebelahan dengan sungai
        yang besar dan deras, maka pemanduan sepanjang lebuh raya Karakoram
        ini dianggap sebagai satu pemanduan epik. Walaupun berada di dalam
        kenderaan tetapi saya dapat merasakan betul-betul berada di cenuram
        yang tinggi dan mengerikan. Gayat dan menakutkan. Tak sempat untuk
        kami     melelapkan       mata      kerana     melihatkan       keadaan       jalan    yang
        menggerunkan itu. Sesekali kedengaran serpihan batu-batu gunung yang

        jatuh di atas bumbung kenderaan kami. Sungguh mencemaskan!


        Kami singgah bermalam di sebuah hotel sebelum bergerak lagi ke
        Islamabad pada keesokan harinya untuk berangkat pulang ke tanah air.
        Pengalaman lapan hari ke Pakistan adalah sangat pendek bagi mereka
        yang     benar-benar       ingin    meneroka       keindahan       alam     yang     cukup
        menakjubkan di Pakistan. Bagi mereka yang belum pernah ke Pakistan
        dan ingin mengecapi suasana indah seperti yang terlihat dalam filem-filem
        Bollywood, saya cadangkan datanglah ke Gilgit dan Lembah Hunza. Pasti

        berbaloi!


                                                   ******


                                                                                                  37
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42