Page 75 - Volume_14
P. 75
Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
Vol. 14, 2020
and outside USIM. The collection has been processed for reference by Library users.
The article also shares the issues and challenges in the management of the collection.
Keywords: Collection development; Individual collection; Academic libraries;
University libraries; Library collection management
PENDAHULUAN
Sejak berabad lamanya, perpustakaan berfungsi sebagai pusat intelektual yang
membudayakan ilmu pengetahuan khususnya dalam pembacaan dan pengaksesan
maklumat. Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah ditubuhkan pada
awal Julai 2000. Pada mulanya ia dikenali sebagai Perpustakaan Kolej Universiti Islam
Malaysia (KUIM). Nama universiti kemudiannya telah ditukar kepada USIM pada 2007.
Operasi Perpustakaan ini telah berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain
berikutan ketiadaan bangunan tetap pada awal penubuhan. Bermula di Menara Institut
Profesional Baitulmal (IPB), kemudian berpindah ke Menara Majlis Perbandaran
Ampang Jaya (MPAJ) di Pandan Indah, Kuala Lumpur, pada Julai 2001. Perpustakaan
kemudiannya berpindah ke tapak kampus tetap USIM di Bandar Baru Nilai, Negeri
Sembilan pada Julai 2005 dengan menempati bangunan sementara. Akhirnya pada 17
Disember 2008, Perpustakaan USIM mula beroperasi di bangunannya sendiri yang baru
siap dibina.
Buat masa ini, Perpustakaan USIM telah mempunyai tiga perpustakaan cawangan iaitu,
Perpustakaan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Perpustakaan Fakulti Pergigian
dan Perpustakaan Kolej Genius Insan. Setiap perpustakaan di bangunan utama serta di
cawangan, mempunyai koleksi yang tersendiri, sesuai dengan fokus utama pengguna
yang disasarkan.
Perpustakaan USIM juga telah memperoleh Sijil Pengurusan Kualiti dalam ISO
9001:2015 dan Sijil Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900:2014 pada 2016.
Justeru, Perpustakaan komited dalam memastikan setiap operasi yang dijalankan
mempunyai Dasar yang khusus dan Standard Prosedur Operasi sebagai rujukan utama.
Ini termasuklah dalam urusan pembangunan koleksi di Perpustakaan.
KAJIAN LITERATUR
Asas pembangunan koleksi di sesebuah perpustakaan bertujuan untuk membina,
mengukuh dan memantapkan sumber maklumat dalam pelbagai format bahan, sama ada
bercetak atau tidak bercetak (elektronik). Pembangunan koleksi adalah aktiviti yang
dinamik dan berterusan.
Menurut Reitz (2014) dalam Online Dictionary for Library and Information Science
(ODLIS),
70