Page 78 - Volume_14
P. 78
Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
Vol. 14, 2020
Objektif Penubuhan
Penubuhan Koleksi Perseorangan ini mempunyai objektif seperti berikut:
1. Mempromosi koleksi bahan di Perpustakaan USIM.
2. Menjadi sumber maklumat penting kepada para penyelidik, khususnya
mereka yang ingin membuat penyelidikan berkaitan tokoh, atau bidang
tujahan yang dikuasai tokoh.
3. Menarik pengunjung untuk datang membuat rujukan di Perpustakaan. Ini
kerana sebahagian buku sumbangan tersebut tidak lagi dijual dalam pasaran
(out of print).
4. Menghargai kepakaran seseorang tokoh dalam bidang tertentu.
Proses Penerimaan Bahan Koleksi Perseorangan
Berdasarkan pengalaman Perpustakaan USIM, bahan-bahan bagi Koleksi Perseorangan
diserah oleh penyumbang atau waris melalui pelbagai cara. Kaedah yang paling biasa
adalah diserah sendiri kepada Perpustakaan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa
penyumbang yang memohon supaya pihak Perpustakaan mengambil bahan sumbangan
di kediaman mereka selepas perbincangan awal dibuat bagi memastikan bahan tersebut
sesuai dijadikan koleksi perpustakaan seperti Koleksi Tan Sri Dato’ Abdul Kader Talip
yang diambil secara berperingkat dari kediaman beliau. Begitu juga terdapat bahan yang
dihantar mengguna kargo (dengan biaya Perpustakaan) disebabkan koleksi
penyumbang, Dato’ Hj. Mohd. Mortadza Hj. Daud, berada di Sarawak.
Dasar Pengurusan Koleksi Perseorangan Perpustakaan USIM telah menetapkan
beberapa syarat untuk membentuk sesuatu Koleksi Perseorangan, seperti berikut:
a) 70 peratus daripadanya tidak terdapat di dalam koleksi Perpustakaan USIM;
b) 70 peratus daripadanya adalah bahan yang tidak memerlukan pemuliharaan
(bahan dalam keadaan baik);
c) 50 peratus daripadanya merupakan subject interest bagi penyumbang secara
peribadi atau bidang kepakaran penyumbang;
d) Jumlah koleksi melebihi 500 naskah. Angka ini dinaikkan daripada jumlah
300 naskah yang ditetapkan pada tahun 2007 (Harianti, 2010).
Sekiranya koleksi yang diterima telah menepati syarat-syarat di atas, satu kertas kerja
akan disedia untuk mendapat kelulusan penubuhan Koleksi bagi individu tersebut.
Kelulusan perlu diperoleh daripada Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan (MJKP)
USIM yang dipengerusi oleh Naib Canselor, dan keahliannya terdiri daripada semua
Dekan Fakulti, Pengarah-pengarah bagi Pusat-pusat Akademik, dan beberapa Ketua-
ketua Pusat Tanggungjawab lain seperti Jabatan Pendaftar dan Jabatan Bendahari.
73