Page 83 - Volume_14
P. 83

Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
               Vol. 14, 2020

                  interest penyumbang dan sesuai untuk dijadikan rujukan. Begitu juga keadaan fizikal
                  bahan yang perlu diambil kira. Jika didapati bahan-bahan yang telah diasingkan ini
                  memerlukan pemuliharaan yang tinggi, ia perlu dikeluarkan daripada senarai koleksi
                  perseorangan penyumbang dan diganti dengan bahan yang sesuai bertepatan dengan
                  Dasar Koleksi Perseorangan yang telah ditetapkan. Proses ini akan mengambil masa
                  sehingga ke semua syarat di dalam Dasar Koleksi Perseorangan dipenuhi.

               KESIMPULAN
               Adalah menjadi harapan Perpustakaan USIM agar pengembangan Koleksi Perseorangan
               dapat  bertambah  sekurang-kurangnya satu koleksi dalam setahun, terutamanya
               sumbangan daripada  tokoh-tokoh terkenal  di Malaysia. Aktiviti dan penyebaran
               maklumat tentang bernilainya sesuatu Koleksi Perseorangan yang dibangunkan perlu
               lebih giat dijalan agar pengguna lebih cakna akan kewujudannya.

               Pembangunan Koleksi Perseorangan perlu terus dipelihara dan sentiasa ditambah baik
               untuk memastikan bahan yang diterima selari dan tertumpu kepada keperluan pengguna.
               Perkara  ini akan memberikan manfaat kepada pengguna yang  memerlukan bahan
               rujukan mengenai bidang kepakaran seseorang individu atau pun tokoh-tokoh ilmuwan
               dan akademik di Malaysia. Perpustakaan USIM juga akan dianggap seperti lubuk emas
               yang menyimpan koleksi bahan bacaan para ilmuwan negara.

               Bersesuaian dengan peribahasa Melayu, “harimau mati meninggalkan belang, manusia
               mati meninggalkan nama”. Koleksi Perseorangan yang terdapat di Perpustakaan USIM
               ini akan terus dijadikan bahan rujukan pengguna yang diperlukan walaupun individu
               ataupun tokoh ilmuwan yang menyumbang telah tiada.

               RUJUKAN
               Adesina, Akinola Samson. 2019. "An Assessement of Acquisition and Collection
                   Development Activities in Academic Libraries: A Study of Joseph Ayo Babalola
                   University Ikeji – Arakeji, Nigeria." Library Philosophy and Practice: 1-19.
                   https://ezproxy.usim.edu.my:2108/scholarly-journals/assessement-acquisition-
                   collection-development/docview/2300552156/se-2?accountid=33993.
               Frempong-Kore, Afua. 2020. Effects of Donations on The Collection Development of
                   Private Academic Libraries in Ghana: A Case Study of Central
                   University. Library Philosophy and Practice (01): 1-17.
                   https://ezproxy.usim.edu.my:2108/scholarly-journals/effects-donations-on-
                   collection-development/docview/2468684032/se-2?accountid=33993
               Harianti Husain. 2010.  Koleksi Perseorangan Perpustakaan Universiti  Sains Islam
                   Malaysia. Buletin Iqra’, 7: 12.



                                                     78
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88