Page 88 - Volume_14
P. 88

Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
               Vol. 14, 2020

               kelancaran dan keharmonian kampus tersebut.  Oleh itu, maklum balas pelanggan
               merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan politeknik.
               Rata-rata pelanggan,  iaitu pelajar,  berkeinginan mendapatkan  perkhidmatan dan
               kemudahan yang berkualiti.  Perkhidmatan dan kemudahan yang  berkualiti  memberi
               impak besar ke atas nama baik sesebuah politeknik.

               Maklumbalas pelanggan terhadap produktiviti dan perkhidmatan organisai perlu dikaji
               secara berterusan supaya maklum balas tentang prestasi organisasi dapat diperoleh untuk
               membolehkan  institusi mencari jalan  menambah  baik prestasinya. Pelanggan
               perkhidmatan dan pelanggan produk merupakan pengguna perkhidmatan sesebuah
               organisasi. Sejauh mana organisasi dapat mencapai piawai-piawai kualiti bergantung
               kepada persepsi pelanggan perkhidmatan mahu pun pelanggan produk tentang kualiti
               yang disarankan (Toh, 2005).

               Pelajar di politeknik merupakan aset yang terpenting dalam menghasilkan tenaga kerja
               separa  mahir  kepada  negara.  Justeru,  amat  wajar  pihak  pengurusan  sentiasa
               mempertingkatkan kualiti pelajar bagi memenuhi keperluan tenaga kerja. Sejajar dengan
               itu,  perkhidmatan  dan  kemudahan  yang  mantap  boleh  menghasilkan  pelajar  yang
               cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah.  Justeru,  politeknik bukan sahaja
               berperanan sebagai institusi akademik tetapi juga bertanggungjawab untuk menyediakan
               tempat belajar yang selesa dan selamat kepada pelajar (Jamaludin, 2000). Kajian Zainal
               Ariffin (2008) menyatakan dengan adanya kemudahan di sesebuah institusi, ianya akan
               menghasilkan pelajar yang mempunyai prestasi akademik yang berkualiti di samping
               mempunyai ciri-ciri peribadi yang positif. Peranan pihak pentadbiran amatlah penting
               dalam membentuk pembangunan diri  pelajar  seterusnya menghasilkan pelajar yang
               cemerlang dalam akademik dan sosial.

               Chickering (2003), dalam teori vektor pembangunan pelajar menyatakan pembangunan
               pelajar dipengaruhi oleh persekitaran pelajar merangkumi aspek kurikulum, pengajaran
               dan penilaian, susun atur asrama, fakulti dan pentadbiran dan akhir sekali budaya pelajar.
               Dari perspektif yang dinyatakan oleh Chickering (2003), selain daripada persekitaran,
               susun atur tempat kelas  dan kemudahan lain seperti penyaman udara, kipas, kerusi dan
               meja yang mencukupi memainkan peranan penting dalam pembangunan pembelajaran
               pelajar. Dengan itu, peranan pihak pengurusan sangat penting dalam  mempertingkat
               pembangunan pembelajaran pelajar, tetapi sejauh manakah keberkesanan pengurusan di
               mata pelajar?

               ANALISIS KAJIAN
               Setiap tahun, pihak Perhubungan Pelanggan (PRO) akan mengedar soal selidik kepada
               pelajar mengikut jabatan  masing-masing secara  rawak. Data-data yang dikutip akan

                                                     84
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93