Page 89 - Volume_14
P. 89

Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
                                                                                     Vol. 14, 2020

                   dikira sebelum  didokumentasi dan dihantar ke pihak pengurusan untuk tindakan
                   penambah baikan. Pengkaji mengambil inisiatif  menjalankan analisis perbandingan data
                   dari 2018 sehingga 2020 bagi membuat perbandingan skor min. Pengkaji ingin melihat
                   keberkesanan dan maklumbalas pelajar dari tahun ke tahun. Dapatan ini membolehkan
                   pengkaji menambah  baik laporan dari segi cadangan dan luahan hati pelajar kepada
                   pihak pengurusan. Pemilihan pelajar juga adalah rawak dan tidak berat sebelah. Pelajar
                   bebas memberi komen, cadangan, luahan dan pendapat mereka tanpa sebarang paksaan
                   daripada  pensyarah, penasihat akademik dan pengaruh rakan  sebaya.  Bagi melihat
                   kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan politeknik, soal selidik telah
                   diedar kepada pelajar kejuruteraan mekanikal bagi tahun 2018 - 2020.

                   Dapatan diukur melalui min dan sisihan piawai. 5 skor skala Likert telah ditetapkan
                   seperti Jadual 1. Analisis min diuji bagi setiap  item yang diukur. Skor min dijadualkan
                   seperti Jadual 2.

                                                 Jadual 1: Skor Skala Likert
                       Skor         1            2            3            4           5
                      Skala    Sangat       Tidak        Kurang       Setuju       Sangat
                               tidak setuju  setuju      setuju                    Setuju



                                          Jadual 2: Pembahagian Skor Mengikut tahap
                                     Min                    Tahap maklum balas
                                   1 - 1.80                    Sangat Rendah
                                  1.81 – 2.61                     Rendah
                                  2.62- 3.42                     Sederhana
                                  3.43 -4.23                      Tinggi
                                  4.24 – 5.05                  Sangat Tinggi


                                            Jadual 3: Taburan Bilangan Responden
                                               Tahun      Bilangan pelajar
                                               2018            220
                                               2019            200
                                               2020            290



                   Item yang diuji oleh pengkaji adalah:

                                                        85
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94