Page 87 - Volume_14
P. 87
Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
Vol. 14, 2020
OBJEKTIF KAJIAN
i. Sejauh mana maklum balas pelajar terhadap bidang Akademik.
ii. Sejauh mana maklum balas pelajar terhadap bidang Unit Peperiksaan.
iii. Sejauh mana maklum balas pelajar terhadap Perpustakaan.
iv. Sejauh mana maklum balas pelajar terhadap Hal Ehwal Pelajar
v. Sejauh mana maklum balas pelajar terhadap Kantin
vi. Sejauh mana maklum balas pelajar terhadap Politeknik.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kuantitatif melalui edaran set soal selidik dijalankan. Dapatan dianalisis
mengguna kaedah skor min, peratus dan kaedah temubual.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian tindakan ini dilaksana bagi mendapat maklumbalas pelajar terhadap kemudahan
dan perkhidmatan yang disediakan di politeknik dari tahun 2018 hingga 2020. Kajian
ini dijalankan pada bulan Oktober setiap tahun. Di antara kemudahan prasarana yang
diberi tumpuan dalam kajian ini adalah:
i. Akademik
ii. Unit peperiksaan
iii. Perpustakaan
iv. Hal Ehwal Pelajar
v. Kantin
vi. Politeknik.
Set soal selidik berbentuk Google form telah diedar pada setiap tahun bagi memperoleh
dapatan data daripada pelajar. Penggunaan set soal selidik berbentuk digital sangat
membantu pengkaji kerana ia menjimatkan kos penggunaan kertas dan pelajar bebas
untuk memberi maklumbalas tanpa ada rasa bersalah kepada pensyarah dan politeknik.
Jawapan jujur daripada pelajar sangat penting untuk pengkaji mengenal pasti tahap
kemudahan yang telah disediakan oleh politeknik. Hasil kajian ini seterusnya menjadi
input berguna kepada pihak pengurusan dalam merancang pelan tindakan efektif bagi
menjalankan penambah baikan untuk memastikan fasiliti adalah di tahap yang
memuaskan dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar dari pelbagai aspek.
SOROTAN KAJIAN
Sesebuah universiti mempunyai jumlah kakitangan akademik yang besar, pelajar dan
kakitangan pentadbiran, serta pelbagai aktiviti yang dilaksana. Situasi ini boleh
disamakan dengan sebuah bandar kecil (Mohamed et al., 2019). Oleh yang demikian,
warga kampus dan pelawat luar amat memerlukan satu sistem perkhidmatan dan
penyediaan kemudahan pada tahap yang optimum. Ini penting dalam menjamin
83