Page 82 - Volume_14
P. 82

Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
                                                                                     Vol. 14, 2020

                      besar.  Tidak kurang  juga terdapat fizikal bahan  yang tidak lengkap, seperti
                      kehilangan muka surat,  ketiadaan muka hadapan buku,  kehilangan tulisan pada
                      halaman buku dan sebagainya.

                   2.  Bahan  tidak relevan dan tidak sesuai dengan keperluan program akademik
                      universiti.
                      Memandangkan koleksi perseorangan yang diterima adalah berdasarkan bidang
                      kepakaran tokoh, maka terdapat  juga  kemungkinan berlaku sebahagian  bahan
                      sumbangan  yang diterima  tidak  sesuai  untuk dijadikan  rujukan  akademik  warga
                      universiti. Namun, sehingga kini koleksi yang diterima bersesuaian dengan program-
                      program  di  USIM.  Oleh  itu, bagi  perpustakaan  yang ingin  mewujudkan  koleksi
                      perseorangan, mereka perlu melihat dan menilai isu ini dengan lebih mendalam agar
                      bahan-bahan dapat diguna pakai sebagai rujukan oleh warga universiti.

                   3.  Buku beredisi lama dan tahun kebelakangan
                      Isu ini sering terjadi pada kebanyakan buku-buku yang diterima melalui sumbangan
                      biasa ataupun untuk  Koleksi  Perseorangan. Terdapat  juga diantara  bahan yang
                      diterima adalah edisi lama dan tidak lagi relevan untuk dirujuk terutama bagi buku-
                      buku teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Ia tidak sesuai lagi untuk dirujuk
                      oleh pengguna kerana teknologi yang dibincang dalam bahan yang disumbangkan itu
                      tidak lagi digunakan serta tidak relevan dengan arus kepesatan teknologi terkini.

                   4.  Penerbitan buku-buku digital (e-book)
                      Saingan pengeluaran buku-buku bercetak, e-buku atau buku dalam talian pada masa
                      kini tidak dinafikan amat sengit.  Buku-buku digital,  buku berbentuk  audio dan
                      paparan video menjadi pilihan  utama pengguna untuk dijadikan rujukan  utama.
                      Penerbitan buku sebegini lebih menarik perhatian dan merupakan alternatif lain yang
                      pengguna anggap lebih santai tetapi bermanfaat untuk diguna. Hal ini menyebabkan
                      buku-buku dalam format bercetak kurang mendapat sambutan dan kurang dijadikan
                      rujukan, dan menjadikan Koleksi Perseorangan kurang dirujuk. Promosi yang kerap
                      dan secara kreatif perlu dibuat bagi mengetengahkan keistimewaan bahan-bahan
                      yang ada.

                   5.  Proses pemilihan dan penetapan bahan untuk Koleksi Perseorangan
                      Merujuk kepada  Dasar Pengurusan  Koleksi Perseorangan Perpustakaan  USIM
                      seperti yang telah dijelaskan di atas, terdapat beberapa perkara yang perlu dijadikan
                      panduan atau syarat untuk menetapkan status bahan yang diterima. Antaranya adalah
                      jumlah koleksi hendaklah melebihi daripada 500 naskhah. Untuk mencapai jumlah
                      ini,  terdapat beberapa proses yang perlu dijalankan. Contohnya,  mengasingkan
                      bahan-bahan yang diterima mengikut bidang kepakaran penyumbang ataupun subject


                                                        77
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87