Page 80 - Volume_14
P. 80
Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
Vol. 14, 2020
Profesor Madya Dr. Pensyarah USIM (FKP)
Mohd. Rumaizuddin bin Bidang – Pengajian Islam,
7 2014 709 745 Dakwah, Pengurusan Islam.
Ghazali (mrg)
Professor Emeritus Tan Mantan Naib Canselor USIM
Sri Dato’ Dr. Haji Bidang – Akidah Islam,
Abdul Shukor Bin Haji Usuluddin, Syariah
8 2016 1,199 1,426
Husin (ash)
Mantan Pensyarah USIM (FPBU)
Prof. Madya Dr. Bidang – Pendidikan, Research
9 Bhasah Bin Abu Bakar 2018 777 942 Methodology.
(bab)
Bidang –Media, Komunikasi
Dr. Mohd Safar Bin
10 Hasim (msh) 2017 554 659 (Pensyarah UKM)
Encik Hisham Pensyarah USIM (PPT)
Bidang – Creative & Critical
11 Muhammad Taky Eldin 2019 832 1,059 Thinking
Kandil (hmk)
Sehingga kini, jumlah keseluruhan Koleksi Perseorangan adalah sebanyak 6,752 judul
dan 8,295 naskhah. Koleksi ini ditempatkan di Aras Dua Perpustakaan Utama USIM dan
dikategori sebagai Rujukan sahaja.
Penghargaan kepada Penyumbang
Perpustakaan USIM sentiasa menghargai setiap sumbangan bahan yang dibuat oleh para
penyumbang. Bak kata pepatah, “Orang berbudi, kita berbahasa”. Perpustakaan USIM
telah mengambil inisiatif untuk menganjur majlis penghargaan kepada para penyumbang
Koleksi Perseorangan. Terdapat dua majlis penghargaan yang telah dianjur setakat ini
iaitu:
1. Majlis Penyerahan Rasmi Sumbangan Wakaf Koleksi Tan Sri Dato’ Abdul
Kader Bin Talip pada 16 Oktober 2008.
2. Majlis Apresiasi Penyumbang Koleksi Perseorangan pada 26 Oktober
2015 dengan memberi penghargaan kepada tujuh orang penyumbang.
Tujuan utama penganjuran majlis ini adalah khusus untuk merai dan menghargai para
penyumbang perseorangan yang telah menyumbang bahan-bahan dalam koleksi mereka
kepada Perpustakaan USIM. Bersempena dengan penganjuran majlis apresiasi (2015)
75