Page 81 - Volume_14
P. 81
Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
Vol. 14, 2020
tersebut, sebuah buku khas berjudul “Bio-Bibliografi Penyumbang Koleksi
Perseorangan Perpustakaan USIM” telah diterbitkan dengan mengumpul biografi dan
senarai bahan sumbangan ketujuh-tujuh penyumbang yang diraikan. Ia turut
mengetengahkan beberapa judul buku yang dianggap istimewa dalam satu-satu koleksi
tokoh.
Dengan terkumpulnya senarai buku oleh penyumbang berkenaan di dalam sebuah buku
setebal 237 muka surat ini, maka ia akan dapat diguna bagi mempromosi bahan dalam
Koleksi Perseorangan ini dengan lebih meluas dan dalam format yang lebih tersusun.
Keistimewaan Koleksi Perseorangan
Koleksi ini merupakan sumber maklumat penting kepada pengunjung Perpustakaan
sebagai sumber rujukan utama bagi penyelidik yang ingin mengkaji tokoh tersebut atau
bidang perkara yang mereka minati. Memandangkan bahan-bahan yang disumbang ini
dahulunya merupakan rujukan peribadi tokoh, maka terdapat catatan-catatan nota pada
bahan yang dapat menambah nilai dan maklumat kepada pembacanya. Bahan-bahan di
dalam Koleksi Perseorangan ini hanya untuk rujukan di Perpustakaan sahaja dan
pinjaman bahan ini ke luar Perpustakaan adalah tidak dibenarkan buat masa ini.
Koleksi ini juga menghimpunkan bahan-bahan ilmiah yang menjadi rujukan
oleh tokoh-tokoh ilmuwan berkenaan dalam bidang kepakaran mereka. Ia
akan menjadi khazanah berharga di USIM bagi tujuan rujukan dan
penyelidikan yang mengkhusus kepada bidang kepakaran mereka sahaja.
Selain daripada itu, turut dapat dirujuk adalah bahan-bahan sampingan lain
yang turut dibaca dan dimiliki oleh tokoh. Ini secara tidak langsung akan
dapat memberi maklumat tambahan berkenaan minat seseorang tokoh serta
perkara lain yang dipelajari dan dikuasai tokoh.
ISU-ISU DAN CABARAN
Dalam setiap pengurusan sesuatu proses kerja, pastinya terdapat isu-isu dan cabarannya.
Bagi pengurusan Koleksi Perseorangan di Perpustakaan USIM, isu-isu dan cabarannya
boleh dikategorikan seperti berikut:
1. Bahan uzur dan tidak lengkap
Di awal penerimaan koleksi perseorangan pada 2004, Perpustakaan USIM menerima
semua buku yang disumbang tanpa menyemak dan membuat penilaian terlebih
dahulu. Pada masa itu belum terdapat dasar dan prosedur yang diwujudkan untuk
dijadikan panduan mengurus koleksi itu. Terdapat juga di antara bahan yang diterima
dalam keadaan yang tidak memuaskan. Apabila keadaan ini berlaku, maka pihak
Perpustakaan perlu mengeluarkan kos pemuliharaan dan pembaikan bahan yang agak
76