Page 77 - Volume_14
P. 77
Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
Vol. 14, 2020
Justeru, ia mempunyai beberapa koleksi yang sentiasa ditambah berdasarkan keperluan
dan kehendak universiti. Kaedah pembangunan koleksi adalah berdasarkan kaedah
pembelian, langganan dan sumbangan bahan. Pada masa ini, Perpustakaan USIM
mempunyai sebanyak 23 koleksi. Di antara koleksi-koleksinya adalah Koleksi Rak
Terbuka, Koleksi Undang-undang, Koleksi Perubatan, Koleksi Malaysiana, Koleksi
Tesis, Koleksi Rujukan dan lain-lain.
Sehingga kini, jumlah koleksi bahan bercetak di Perpustakaan USIM telah mencecah
jumlah sebanyak 68,514 judul dan 104,027 naskhah bahan. Jumlah ini dijangka terus
bertambah dari semasa ke semasa.
PENUBUHAN DAN PEMBANGUNAN KOLEKSI PERSEORANGAN
Latar Belakang
Sejak awal penubuhannya, Perpustakaan USIM berhasrat untuk menjadi sebuah gedung
ilmu yang kaya dengan pelbagai sumber maklumat bernilai tinggi. Sejajar dengan hasrat
ini, pelbagai usaha dilakukan dalam proses pengembangan koleksi perpustakaan. Salah
satunya adalah perolehan bahan melalui sumbangan orang perseorangan.
Idea penubuhan Koleksi Perseorangan terhasil apabila Perpustakaan menerima
sumbangan terawal daripada Puan Salmah Abu Bakar, iaitu balu Allahyarham Tuan Haji
Mashadi bin Salamon, di mana Perpustakaan telah menerima bahan koleksi beliau
sebanyak 397 naskah selepas kematian beliau pada 2000.
Dasar Koleksi Perseorangan mula digubal mulai 2007. Ia dijadikan sebagai panduan
utama untuk penilaian dan pemilihan koleksi tersebut. Berdasarkan dasar tersebut,
Koleksi Perseorangan merujuk kepada koleksi yang dimiliki oleh seseorang tokoh atau
individu, sama ada daripada hasil karya individu berkenaan atau daripada koleksi
simpanan peribadi mereka yang merangkumi pelbagai bidang perkara, khususnya yang
berkaitan dengan bidang kepakaran individu tersebut.
Koleksi Perseorangan ini bukan sahaja menjadi sumber maklumat penting kepada warga
USIM, malah ia boleh menjadi sumber rujukan oleh para penyelidik yang mengkaji
tentang latar diri tokoh tersebut atau bidang perkara yang berkaitan dengan kepakaran
tokoh tersebut. Melalui koleksi seseorang tokoh, dapat juga dilihat bagaimana corak dan
gaya pemikirannya terbentuk, seterusnya menatijahkan tindakan serta keputusan ke atas
perkara-perkara dan ditanganinya.
Koleksi Perseorangan yang diwujudkan di Perpustakaan USIM bukan sahaja terhad
kepada koleksi tokoh atau individu warga USIM, malah ia terbuka kepada tokoh dari
luar USIM juga. Koleksi Perseorangan diurus oleh Seksyen Sumbangan dan Hadiah, di
Bahagian Pembangunan Sumber (BPS).
72