Page 76 - Volume_14
P. 76

Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
                                                                                     Vol. 14, 2020

                         “collection development is the process of planning and building a useful
                         and balanced collection of library materials over a period of years, based
                         on an ongoing assessment of the  information needs of  the library's
                         clientele, analysis  of  usage statistics, and  demographic projections,
                         normally constrained by budgetary  limitations. Collection development
                         includes the formulation of  selection criteria, planning for resource
                         sharing, and replacement of lost and damaged items, as well as routine
                         selection and deselection decisions.”

                   Frempong-Kore (2020)  menyatakan pembangunan koleksi sebagai satu  aktiviti
                   perpustakaan  yang  bertujuan  untuk  menyedia  sumber  maklumat  yang  bersesuaian
                   kepada pengguna perpustakaan. Dalam hal ini, perpustakaan universiti pada
                   kebiasaannya menumpukan aktiviti pembangunan koleksi mereka kepada bahan bacaan
                   yang menyokong kepada kurikulum universiti.

                   Pembentukan  dasar  berkaitan  pembangunan  koleksi  sesebuah  perpustakaan  adalah
                   mandatori dan  amat penting. Patel (2016) menyatakan bahawa  Dasar  Pembangunan
                   Koleksi di perpustakaan akademik harus dijadikan panduan agar aktiviti ini disesuaikan
                   dengan objektif penubuhan institusi. Pembangunan koleksi bagi sesebuah perpustakaan
                   boleh dilaksana dengan beberapa kaedah, Adesina  (2019) memetik cadangan Evans
                   (2000) yang menyebutkan ia boleh dilaksanakan through purchase, gifts and donation
                   or through exchange programmes.

                   Kaedah perolehan bahan melalui sumbangan dan hadiah seperti yang dinyatakan oleh
                   Adesina, turut diamalkan di Perpustakaan Islam pada zaman kegemilangan Islam. Ini
                   diakui oleh Haslan dan Latifah  (2015),  bahawa perolehan berbentuk hadiah  turut
                   diamalkan oleh perpustakaan Muslim. Sebagai contoh, Perpustakaan Di Raja Hakam II
                   kerap menerima sumbangan berupa buku daripada penulis dan ilmuwan Islam. Haslan
                   dan Latifah turut menyebut mengenai sumbangan bahan oleh individu, “Ibnu Mufarraj
                   dari Fonteaurea dan Muhammad bin Harith Asad al-Khusaini dari Qayrawan adalah
                   antara contoh individu yang menyumbang kepada pembangunan koleksi ini”.

                   LATAR BELAKANG
                   Pembangunan koleksi di Perpustakaan USIM
                   Perpustakaan USIM sebagai sebuah perpustakaan akademik yang menyokong sebuah
                   institusi pengajian Islam telah membangunkan koleksinya di awal penubuhan dengan
                   melengkapkan koleksi kitab-kitab turath.  Seterusnya,  ia diteruskan dengan
                   melengkapkan bahan-bahan rujukan utama subjek yang ditawar oleh Fakulti.




                                                        71
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81