Page 86 - Volume_14
P. 86

Jurnal PPM: Journal of Malaysian Librarians
               Vol. 14, 2020

               researcher. The results of the analysis on the data show that the level of student feedback
               on the services and infrastructure facilities provided from 2018 to 2020 is high. Despite
               the high mean score, the management must always be sensitive and attentive to further
               improving the services and facilities to the optimum level. The findings of this study can
               guide the management improving the quality of services and infrastructure facilities for
               the comfort of their students.

               Keywords: Feedback; Comparison; Facilities; Services

               PENGENALAN
               Politeknik  Sultan  Mizan Zainal Abidin  (PSMZA)  merupakan  salah satu  pusat
               pendidikan yang beroperasi lebih daripada 10 tahun. PSMZA tidak alpa dalam memberi
               sepenuh perhatian dan tumpuan kepada para pelanggannya. Dari tahun ke tahun banyak
               kemudahan dan prasarana telah dipertingkatkan  bagi memastikan keselesaan
               penghuninya khusnya pelajar. Ini adalah kerana kampus politeknik didiami oleh satu
               komuniti yang memiliki ciri yang pelbagai. Pelajar dan staf yang berbeza dari segi latar
               belakang, pendapatan, cara hidup serta sikap berkumpul untuk belajar dan bekerja di
               dalam satu tempat yang sama. (Abas, 2002).

               Tumpuan  wajar diberi  kepada penyediaan dan  pembangunan kemudahan dan
               perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan. Ini penting bagi mewujudkan suasana
               pembelajaran yang selesa kepada pelajar dan pengguna lain keseluruhannya. Oleh yang
               demikian, kemudahan prasarana dan perkhidmatan  yang terbaik akan menjadikan
               politeknik sebagai sebuah institusi pendidikan teknikal yang bertaraf tinggi.

               PENYATAAN MASALAH
               Kemudahan dan perkhidmatan yang lengkap amat diperlukan dalam membentuk
               suasana pembelajaran yang menarik. Hasilnya, pelajar yang mengikuti pengajian akan
               bersungguh-sungguh dan  dapat  memberi  tumpuan  kepada  pengajiannya. Walau
               bagaimana pun, sejauh manakah kita yakin bahawa kemudahan dan perkhidmatan yang
               telah disediakan ini mencapai tahap kepuasan kepada pelajar? Pernahkah kita mengalami
               kesulitan semasa berurusan? Jika kita pernah mengalami kesulitan semasa berurusan
               apatah lagi di pihak pelajar. Pelajar mungkin berhadapan dengan situasi yang sukar,
               tetapi tidak tahu untuk diluahkan memandangkan status “pelajar” yang disandangnya.
               Seringkali kita terdengar desas desus, rungutan, komen daripada pihak pelajar tetapi
               hanya sampai di  situ sahaja ketidakpuasaan hati pelajar terhadap kemudahan dan
               perkhidmatan. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan untuk memperoleh  dapatan  data
               seterusnya didokumentasi sebelum dijadikan rujukan kepada pihak seterusnya.



                                                     82
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91