Page 224 - VC Message
P. 224

Leading with Purpose
                                      Messages of the Vice Chancellor     SELECTED FOREWORDS IN BOOKS



                                     Bulletin Malaysian Research

           KATA PENGANTAR
                                     University Network (MRUN) Edisi
           (Edisi 2 2025)
           Naib Canselor Universiti
           Malaya                    Kedua 2025

           Merangkap Pengerusi
           Malaysian Research
           University Network
           (MRUN)                    Saya dengan penuh rasa bangga mempersembahkan  Bulletin Malaysian Research
                                     University  Network  (MRUN)  Edisi  Kedua  2025  yang  berfokuskan  tema  “Membina
                                     Masa Depan Masyarakat Melalui Sains dan Teknologi”. Edisi ini mencerminkan tekad
                                     MRUN untuk terus menyemarakkan ilmu sebagai panduan negara dalam melangkah
                                     ke  hadapan  menempuh  cabaran  abad  ke-21,  dan    menjadi  pemangkin  kepada
                                     kelestarian kecemerlangan masa depan.
                                     Dalam landskap global yang berubah pantas yang dipacu oleh Revolusi Industri 4.0,
                                     kecerdasan buatan, transformasi tenaga, serta cabaran kelestarian alam, masyarakat
                                     memerlukan kepakaran saintifik dan teknologi yang berpaksikan nilai serta keperluan
                                     sebenar rakyat pada masa depan. Justeru, sains dan teknologi bukan hanya instrumen
                                     pembangunan, tetapi asas utama dalam membentuk masa depan masyarakat yang
                                     seimbang, berdaya saing dan mampan, dan menjadi tonggak kepada daya tahan dan
                                     kekentalan pembangunan seimbang negara.
                                     Edisi ini menghimpunkan buah fikiran serta penemuan berharga para penyelidik
                                     dari lima universiti penyelidikan utama negara. Artikel yang dimuatkan bukan sahaja
                                     memperlihatkan  keunggulan  penyelidikan,  malah  menawarkan visi baharu tentang
   216                               bagaimana sains dan teknologi boleh diterjemahkan menjadi penyelesaian praktikal
                                     yang  memberi  impak positif dan konsisten kepada kehidupan masyarakat. Dari
                                     inovasi kesihatan, kemajuan teknologi hijau, sehinggalah kepada penerokaan digital
                                     dan kecerdasan buatan, setiap wacana dalam buletin ini adalah komitmen MRUN
                                     untuk membina masa depan bersama.

                                     MRUN percaya masa depan yang mampan hanya dapat dicapai  melalui  sinergi
                                     kukuh antara universiti, industri, kerajaan dan masyarakat. Sains tanpa penghayatan
                                     kemanusiaan tidak akan membawa kesejahteraan; teknologi tanpa nilai tidak akan
                                     menzahirkan  pembangunan  sebenar. Maka, buletin  ini  menjadi  wadah untuk
                                     bersama-sama merangka masa depan berasaskan ilmu, berpaksikan inovasi dan
                                     berorientasikan manfaat sejagat, serta berpandukan kepada kepentingan nilai sejagat
                                     dan kemanusiaan.
                                     Saya merakamkan penghargaan kepada semua penyelidik dan tenaga kerja editorial
                                     yang telah menyumbangkan idea, kepakaran dan masa dalam menjayakan edisi ini.
                                     Semoga Bulletin MRUN terus menjadi inspirasi, membina keyakinan bahawa dengan
                                     sains dan teknologi mampu memacu masa depan masyarakat yang lebih makmur,
                                     progresif dan lestari.


                                     Noor Azuan Abu Osman
                                     Naib Canselor Universiti Malaya
                                     Merangkap Pengerusi Malaysian Research University Network (MRUN)
   219   220   221   222   223   224   225   226   227   228   229