Page 94 - VC Message
P. 94
Leading with Purpose
Messages of the Vice Chancellor MESSAGES OF THE VICE CHANCELLOR
23. Seperti tiada satu negara pun boleh mengekalkan kemajuan ekonomi global
bersendirian, tiada satu institusi atau negara pun boleh menyelesaikan cabaran
akademik dan saintifik dunia secara terasing.
24. Sama ada menangani perubahan iklim dan konflik global, mengurus kesan impak
AI, atau mengemudi krisis kesihatan awam, semua ini menuntut minda dan bakat
terbaik dari seluruh dunia.
25. Sumbangan semua, tanpa mengira warna kulit atau status, menjadi nadi asas.
26. Di Universiti Malaya, kita jelas dengan prinsip ini dan kita mengalu-alukan para
sarjana dan pelajar dari seluruh dunia, dan kita melihat kepelbagaian sebagai
kekuatan, bukan ancaman. Kita tidak membenarkan politik menentukan siapa
yang boleh belajar, siapa yang boleh mengajar, atau kebenaran apa yang boleh
dikaji.
27. Keberanian untuk memperbetulkan sistem yang tidak berkesan adalah tepat
untuk transformasi, dan semakin diperlukan dalam suasana hari ini.
28. Melihat ke hadapan, perjalanan kelihatan sukar tetapi menuntut perpaduan yang
“ 29. Kita harus dan mesti kekal berharap dan komited, serta memahami bahawa
lebih kukuh dan keyakinan bersama dalam kalangan pengamal pendidikan tinggi
kerana pertaruhannya tetap tinggi.
Kita harus dan
mesti kekal
berharap dan dunia tidak kekurangan minda muda, berani, dan berpandangan jauh yang sedia
memimpin perubahan.
komited, serta
memahami 30. Apa yang mereka perlukan kini adalah institusi yang berperanan melindungi dan
bahawa dunia memperkasakan kemanusiaan dan dunia, serta menyediakan tempat perlindungan
selamat bagi bakat, generasi baharu dan sedia ada untuk memperhebat potensi
tidak kekurangan mereka dan menyumbang kepada generasi akan datang serta dunia secara
minda muda, keseluruhan.
86
berani, dan 31. Universiti masa depan mesti berani, berhubung erat, dan komited untuk berkhidmat
berpandangan kepada kemanusiaan, bukan tunduk kepada arus politik yang berubah-ubah.
jauh yang sedia 32. Di UM, kita percaya masa depan adalah milik institusi yang terlibat secara global
tetapi mengakar ke bumi dengan nadi anak bangsa negara tercinta yang tidak
perubahan. akan diabaikan, dan masa depan yang canggih dari segi teknologi tetapi tetap
berpaksikan moral dan nilai sejati tempatan di negara tercinta.
33. Kita percaya masa depan ini mesti dicipta bersama melalui keyakinan dan
memimpin “
kepercayaan bersama oleh semua, dari kepakaran anak watan sehinggalah
kepada modal insan seluruh dunia dengan memanfaatkan idea terbaik dari Boston
ke Buenos Aires, dari Nairobi ke Nagoya, dan dari Kosice ke Kuala Lumpur.
34. Untuk menangani pandemik masa depan, kita akan memerlukan pakar
epidemiologi dari seluruh dunia, dan ia tidak boleh terhad kepada satu negara
atau rantau sahaja. Untuk membangunkan AI yang selamat dan beretika, kita
memerlukan ahli falsafah, jurutera dan pembuat dasar yang pelbagai. Untuk
menangani ancaman perubahan iklim yang semakin meningkat, kita memerlukan
penyelidik yang memahami sains dan juga hubungan kemanusiaan. Untuk
menangani cabaran geopolitik dan keselamatan yang semakin mendesak, kita
memerlukan diplomat, penganalisis dan pendamai dari seluruh pelosok dunia.
35. Penyelesaian ini tidak boleh dibangunkan secara silo atau pengasingan, dan ia
menuntut keterbukaan serta kepercayaan mendalam yang boleh dijamin oleh
kebebasan akademik dan nilai setempat.
36. Itulah sebabnya kita mesti mempertahankan nilai ini dan mengingatkan bahawa
peranan universiti bukan untuk berserah kepada cabaran tetapi untuk bertanya;
bukan untuk memecah-belahkan, tetapi untuk menyatupadukan; bukan untuk
mengecualikan, tetapi untuk merangkumi.
37. Kita mempertahankan misi kolektif pendidikan tinggi.Marilah kita memilih
keberanian dan solidariti, dalam mencipta negara dandunia yang akan

