Page 95 - VC Message
P. 95
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
87
dibanggakan oleh generasi masa depan dan seterusnya, untuk dunia yang lebih
selamat dalam kebaikan, nilai dan prinsip.
38. Dalam semangat Merdeka ini, marilah kita memperbaharui semangat, iman dan
kecintaan bersama terhadap negara dan rakyat, serta terus melindungi Anak
Bangsa kita dan keterangkuman semua, dalam meraikan bakat dan kemanusiaan
dari seluruh dunia.
39. Bersama, kita mesti terus mendokong era baharu pertumbuhan aspirasi dan
keamanan global, berteraskan prinsip keadilan, kesaksamaan, merit serta nilai
kemanusiaan berasaskan hikmah, pegangan nilai moral dan belas kasihan.
40. Kita memegang taruhan masa depan yang dipacu aspirasi bersama untuk hari
esok yang lebih baik dan pembaharuan keyakinan demi kesejahteraan generasi
baharu dan seterusnya.
41. Merdeka kali ini memacu kekuatan kolektif kita untuk terus berkorban dan
menyumbang kepada masa depan negara tercinta, untuk rakyat kita dan untuk
kemanusiaan.
Selamat Menyambut Hari Merdeka yang penuh bermakna kepada semua!!
Home of the Bright. Land of the Brave
Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani
Noor Azuan Abu Osman
Naib Canselor
30 Ogos 2025
1800jam

