Page 91 - VC Message
P. 91

Home of the Bright. Land of the Brave

                                                      Di Sini Bermulanya Pintar, Tanah Tumpahnya Berani


               Mesej Merdeka daripada


               Naib Canselor





               Warga Kampus yang Dihormati,

               Bismillahirrahmanirrahim
               Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

               1.  Sambutan Merdeka kali ini menjadi lebih bermakna dengan rangkaian pencapaian
                   yang telah diraih oleh universiti kita, sebagai universiti terulung negara, dengan
                   kewajipan amanah untuk mengangkat kecemerlangan dan kebanggaan negara
                   dan mencipta lembaran harapan baharu bagi kemajuan bangsa dan rakyat.
               2.  Kita akan terus mengekalkan momentum ke arah menghasilkan modal insan yang
                   diperlukan negara, memperkasa kemajuan teknologi, meneroka hasil penemuan
                   baharu, serta mencipta impak penyelidikan dan akademik berprofil tinggi kepada
                   negara, selaras dengan semangat kita menyambut dan menyantuni kemerdekaan
                   dan kebanggaan kenegaraan.
               3.  Daripada pencapaian gemilang kita dalam QS World University Rankings 2026,
                   sehingga kepada pelbagai kejayaan komuniti kampus kita dan kekuatan hasil
                   penyelidikan, semua ini tidak berlaku secara terpencil dan perangkap kepompong
                   lama. Ia adalah hasil daripada kejayaan keseluruhan ekosistem pembangunan
                   universiti yang menekankan kekuatan dan semangat pengorbanan, dedikasi,
                   merit, kesetiaan serta rasa bangga dan cinta terhadap universiti dan negara.                       83
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96